Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Friday, May 8, 2009

Pengalaman Temuduga KPLI


Salam Sejahtera..

Hari esok merupakan hari cuti kepada semua kakitangan awam. Tidak terkecuali juga kepada mereka yang berkhidmat dalam profession perguruan. Apa perancangan rakan guru sekalian pada cuti hujung minggu ini? Semoga semuanya berbahagia di samping orang yang tersayang.

Bagi yang baru lepas menjalani temuduga KPLI pada minggu ini macam mana?. Saya doakan anda semua berjaya dalam temuduga tersebut. Sekiranya anda ada cerita mengenai pengalaman temuduga KPLI, janganlah segan silu untuk kongsikannya di sini. Email saya di (comtech2u@gmail.com) untuk mendapatkan status 'author' di blog ini. Manalah tahu berkat cerita tersebut menyebabkan anda terpilih dalam temuduga baru-baru ini. Paling kurang pun ianya dapat menjadi panduan kepada rakan guru di luar yang berminat untuk memasuki bidang perguruan yang mulia ini. Semoga kita semua dirahmati olehNya. Amin...

-Guru Cyber-

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya bakal menduduki temuduga pengesahan jawatan pada 9/12/09 ini ingin berkongsi sedikit sebanyak situasi temuduga ketika memohon masuk KPLI penghujung 2008 yang lalu.

    Pada sesi pertama (individu), saya disoal berkaitan kenapa ingin menjadi guru. Hal ini boleh kita kawal skop soalan penemuduga daripada penyataan yang kita tulis dalam ruangan Penyataan Hasrat, iaitu borang yang perlu diisi sebelum menghadiri temuduga. Saya sememangnya bersedia dari segi itu dan mampu menjawab dengan agak baik.

    Soalan seterusnya berkisar tentang Dasar Langit Terbuka. Memandangkan saya kurang mahir dengan topik, saya hanya menyebut perkara yang umum sahaja. Walaubagaimanapun respon dari saya kelihatan memuaskan pihak penemuduga.

    Berikutnya, mereka menyoal apa yang saya baca di dalam suratkhabar hari ini. Mujur sempat juga saya selak suratkhabar pagi itu pada halaman sukan. Mungkin penemuduga membuat tanggapan saya peminat sukan dan meminta saya menghuraikan sebab kenapa tiada konsistensi dalam bidang kesukanan di Malaysia. Terpaksa juga goreng memandangkan saya bukanlah seorang pengkritik sukan.

    Soalan terakhir masih berkisar tentang sukan, iaitu bagaimana seorang guru dapat membantu negara dalam memartabatkan sesuatu bidang sukan. Saya punya sedikit pengetahuan dalam tenis dan tae kwon do dan menjuruskan jawapan saya terhadap dua perkara tersebut, dan secara amnya menyelitkan sedikit isu2 perpecahan persatuan2 sukan.

    Sedikit refleksi daripada saya adalah keperluan untuk menangani soalan provokasi daripada pihak temuduga. Pada situasi saya, penemuduga menyuarakan pendapat beliau berkaitan Penyataan Hasrat yang saya tulis sambil 'memperlecehkan' hasrat tersebut. Saya mengambil pendekatan 'setuju dahulu dan komen kemudian'. Kemungkinan mereka ingin menguji tahap calon menerima kritikan.

    Saya banyak menggunakan ayat skema seperti "Saya bersetuju dalam banyak isu yang tuan kata, cuma...." dan "Bernas juga cadangan tuan itu, tapi saya ingin tambah sikit..." untuk menangangi soalan2 provokasi.
    ------------------------------------------------
    Sesi kedua (berkumpulan).

    Penemuduga mengingatkan calon2 supaya berkerjasama, saling hormat-menghormati dan tidak terlalu mem'bolot' masa untuk bercakap seorang.

    Soalan yang saya igt adalah "Pilih seorang guru yang sentiasa anda kenang, dan kenapa anda kenang beliau".

    Refleksi...

    Saya adalah satu2nya calon lelaki dalam 6 orang tersebut dan adalah calon ke-5. Oleh yang demikian saya sempat untuk mencari poin-poin yang indah untuk diketengahkan. Calon kedua tidak punya masa berfikir dan terpaksa menceritakan kisah yang hampir sama dengan calon pertama, begitu juga yang ketiga. Calon terakhir pula hampir ketiadaan idea.

    Seterusnya adalah sesi perbincangan yang mana penemuduga meminta seorang sukarela untuk menjadi pengacara. Sesi ini masing-masing ingin menonjolkan diri dan saya percaya ramai yang berlakon dengan baiknya untuk menonjolkan diri masing-masing. Namun pada pendapat saya, kejujuran masih perlu diperlihatkan di sini kerana jika tak kena gaya lakonan, terbuka pekung di dada.

    Sekian, yang baik daripada Allah, yang buruk juga daripada-Nya supaya saya dapat berubah menjadi yang lebih baik.

    Wassalam.

    ReplyDelete