Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Sunday, May 10, 2009

Review : Keputusan Temuduga KPLI


Salam Sejahtera..

Saya pasti tentu ramai yang ternanti-nantikan keputusan temuduga KPLI yang baru ini. Sabar jangan terlalu panik. Baru berapa hari sahaja temuduga tersebut berlalu. Kalau ada kenalan di bahagian pengambilan tu masih boleh diusahakan lagi.

Pelbagai pengalaman yang telah dilalui oleh calon semasa temuduga tersebut. Ada yang suka, ada yang duka, dan macam-macam lagi yang saya dengar. Andai kata tidak berjaya, janganlah bersedih. Anda sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman temuduga KPLI yang sukar diperolehi ini. Masih ramai orang di luar sana yang telah berkali-kali memohon tetapi masih tidak dipanggil untuk temuduga tersebut.

Ingatlah sebaik-baik guru ialah pengalaman. Tanpanya kita 'ibarat bersayap tetapi tidak boleh terbang'.

Renungkanlah..

-Guru Cyber-

No comments:

Post a Comment