Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Saturday, May 9, 2009

KPLI Update : Konsep Perguruan


Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.


No comments:

Post a Comment