Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Monday, May 11, 2009

Wajarkah Hukuman Rotan Dilaksanakan Secara Tertutup ?





Salam Sejahtera..

Selamat memulakan tugas diucapkan kepada rakan guru sekalian. Bagi sekolah yang memulakan persekolahannya pada hari ini diharap semuanya dalam keadaan gembira selalu bak kata pepatah 'Happy Go Lucky'. Jadi pastikan anda keadaan ceria dan gembira selalu.

Hari ini saya terpanggil untuk berceloteh tentang hukuman rotan di sekolah. Baru-baru ini parlimen sedang mempertimbangkan kuasa merotan diberikan semula kepada guru. Ini merupakan berita baik kepada semua guru. Kerana tanpa kuasa merotan guru ibarat singa tidak bertaring. Mungkin bagi rakan guru yang bertugas di sekolah yang cemerlang, perkara ini tidak menjadi masalah bagi mereka. Tetapi bagi yang bertugas di sekolah harian biasa di mana pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum, isu merotan ini menjadi isu yang penting. Bayangkanlah pelajar di sekolah sebegini boleh diumpamakan seperti singa. Jadi guru di situ terpaksalah menjadi  singa juga untuk mengekang mereka. Jika tidak habislah dimakan oleh singa-singa tersebut. Oleh itu amat wajarlah guru diberi semula kuasa merotan bagi mendisiplinkan mereka.

Namun begitu terdapat pelbagai suara yang mahu menetapkan syarat bagi pelaksanaan hukuman ini. Baru sahaja tadi saya terbaca di akhbar Sinar Harian berkenaan hukuman rotan perlu di laksanakan di tempat tertutup seperti di bilik pengetua atau bilik disiplin. Rakan guru yang saya hormati sekalian; wajarkah tindakan sebegini dilaksanakan? Kita sudah jelas pelaksanaan hukuman rotan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tersebut. Disamping itu kita harap ianya menjadi teladan kepada pelajar lain yang menyaksikannya. Tetapi jika hukuman tersebut hanya dilakukan di tempat tertutup, sudah pastilah pelajar tersebut tidak takut untuk melakukan kesalahan yang sama kerana tiada orang yang tahu. Pelajar lain juga tidak takut melakukan kesalahan yang sama kerana tidak nampak apakah hukuman yang bakal diperolehi. Maka keberkesanan hukuman rotan tersebut pastilah menurun.

Oleh itu saya harap rakan guru sekalian fikirkanlah jalan mana yang sesuai. Pepatah melayu ada menyebut. 'Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'. Fikir-fikirkanlah

Wassalam

-Guru Cyber-


No comments:

Post a Comment