Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Tuesday, May 5, 2009

Wajarkah Guru Bekerja Mengikut Waktu Kerja Pejabat ?


Salam Sejahtera..

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari yang indah ini. Apa khabar rakan-rakan semua. Semoga semuanya dicucuri rahmat dan berbahagia selalu.

Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan isu berkenaan wajarkah guru bekerja menggunakan waktu kerja pejabat. Rakan yang saya hormati sekalian, dewasa ini banyak kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan waktu bekerja bagi guru di Malaysia. Hal ini mungkin berlaku kerana ada antara mereka yang merasa iri hati dengan pelbagai keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan terhadap guru-guru di Malaysia. Antara isu yang pernah dibangkitkan oleh mereka ialah berkenaan waktu bekerja. Mereka berpendapat waktu bekerja bagi guru tidak setimpal dengan gaji yang diberikan. Ini kerana kebanyakan guru sekarang yang menggunakan tangga gaji ijazah Gred DG41 memperolehi gaji lebih daripada dua ribu sebulan dan hanya bekerja separuh hari. Sedangkan bagi kakitangan awam yang lain yang menggunakan tangga gaji yang sama terpaksa bekerja 'office hour' iaitu sampai pukul 5 petang. 

Jika difikirkan kembali, ada pro dan kontranya  jika guru bekerja menggunakan waktu pejabat. Kesan positifnya ialah waktu guru bersama pelajar akan meningkat. Pelajar dapat menggunakan waktu ini untuk berbincang masalah pelajarannya dengan guru. Tempoh waktu persekolahan juga akan berubah dari 8 pagi hingga 5 petang. Maka ini dapat mengurangkan masalah gejala sosial apabila pelajar berpeleseran di luar. Kita dapat mencontohi bagaimana negara matahari terbit telah mempraktikkan waktu persekolahan seperti ini.

Namun, terdapat bahagian negatifnya jika langkah berkenaan dilaksanakan. Tempoh waktu berkesan bagi pelajar semakin berkurang. Ini kerana dalam proses pembelajaran, 20 minit yang pertama sahajalah waktu berkesan bagi pelajar untuk menyerap ilmu yang disampaikan. Bayangkanlah jika sesi pembelajaran dipanjangkan sehingga jam 5 petang. Sudah tentulah pelajar akan merasa sangat letih dan tidak dapat menerima lagi apa yang diajar. Kualiti mengajar guru juga akan berkurang. Mereka yang tiada pengalaman mengajar tidak tahu bagaimana penatnya mengajar. Bayangkanlah, kita boleh duduk di meja dan membuat kerja pejabat selama 8 jam, tetapi belum tentu kita mampu berdiri dan bercakap untuk mengajar selama 8 jam.

Oleh itu diharap pelbagai kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya pihak kerajaan ingin juga melaksanakan tempoh waktu bekerja pejabat bagi guru.

Wassalam.

-Guru Cyber-

8 comments:

  1. SAYA BERSETUJU GURU TIDAK RELEVAN BEKERJA SEPERTI OFFICE HOUR..KERANA TUGAS MENGAJAR MENGGUNAKAN MENTAL YANG KUAT SEPANJANG TEMPOH PENGAJARAN

    ReplyDelete
  2. kalau nak panjangkan waktu mengajar pelajar, pelajar dan guru perlukan waktu rehat antara setiap pengajaran dan pembelajaran, ini bagi memudahkan pelajar untuk membuat persediaan yang lebih rapi, ini juga memberi ruang untuk guru menyediakan diri untuk pengajaran seterusnya. selain itu, guru itu juga hadkan kepada setiap guru untuk 1 matapelajaran sahaja. maka, guru itu lebih fokus terhadap profesionnya dan guru itu makin cekap dalam P&P nya. jadikan negara maju sebagai contoh, mereka hanya fokus terhadap 1 matapelajaran sahaja. mantap P&P, mantaplah pemahaman pelajar, maka makin majulah pemikiran pelajar, seterusnya majulah negara. mudah kan...kalau lah nak panjangkan waktu mengajar tu....tapi separuh hari pun dah cukup..sebab, masa di universiti pun, tak de la dari pagi bute sampai ke petang, kan.....nanti makin ramai pelajar dan guru yang bermasalah mental demi nak membasmi masalah sosial....sekian...

    ReplyDelete
  3. Mengajar bukan satu tugas mudah. Kerja mengajar sangat berat. sebab itu saya perjuangkan supaya guru diberi elaun lebih bagi membuat kerja-kerja lain. bukan tak ikhlas tetapi aku bengang bila guru dituduh kerja senang. mereka yang tuduh tu pulak ketua jabatan. maka ketua jabatan pun ada yang irihati nak minta guru balik sama macam dia. ketua jabatn seperti ini elok letak jawatan. tak paham tugas sebenar guru.

    ReplyDelete
  4. Boleh masa kerja guru ikut masa pejabat dengan syarat selepas waktu pejabat tidak ada kerja di lakukan di rumah sebagaimana sekarang, menanda buku pelajar, membuat soalan peperiksaan, menyiapkan report pelajar, membuat program, menulis persediaan mengajar, menyediakan bahan mengajar untuk esok, mencari bahan untuk mengajar esok, megisi borang pemarkahan pelajar, menulis laporan minit mesyuarat, merancang aktiviti ko-kurikulum. membuat aktiviti ko-kurikulum, membawa pelajar dalam pertandingan dan macam-macam lagi.

    Lepas waktu pejabat semua guru pun mahu rehat macam pekerja Awam yang bekerja ikut waktu pejabat. Guru pun tidak mahu mengangkut beg besar-besar yang mengandungi tugasan kerja yang perlu di siapkan di rumah.

    Guru pun nak ikut macam pekerja pejabat. Datang pejabat pagi senang hati berlengang kangkung. Begitu juga bila waktu pulang lepas waktu pejabat juga berlengang-kangkung. Tiada apa lagi yang perlu di lakukan dan difikirkan untuk tugasan rasminya di rumah. Malam bolehlah buat aktiviti sendiri macam bersembang dengan kengkawan di kedai kopi sambil mengeteh, atau berkumpul dan berlonggok sambil mengobrol dengan rakan-rakan sehingga jauh lewat malam. Sesekali bolehlah layan merempit.

    Waktu guru di arahkan bekerja ikut waktu pejabat sayalah paling gembira(kerana dulu pernah kerja di pejabat kerajaan). Tidak ada lagi kerja termasuk aktiviti ko-kurikulum yang perlu di buat di luar waktu pejabat dan di rumah. Ini saya tegaskan kepada Pengetua tetapi di sambut oleh Pengetua dengan berkata, "Mana boleh macam ni?". Loooo, kalau begitu apa ertinya guru bertugas ikut masa pejabat?

    ReplyDelete
  5. Sudah sampai masanya guru bekerja waktu pejabat, cuti pun kena ikut pejabat. Seperti IPG, pensyarah kerja waktu pejabat walaupun pelajar bercuti. Guru dapat membina pelbagai bahan P&P semasa ketiadaan murid, masa cuti sekolah, masa petang atau sebagainya... cuba renung secara positif

    ReplyDelete
  6. Bodoh sungguh orang yang menyamakan tugas pensyarah di IPG dengan tugas guru sekolah! Pensyarah mengajar satu-satu subjek kepakaran mereka manakala guru mengajar pelbagai subjek. Pensyarah "lecture" manakala guru "teach". Kuliah dan kelas sangat berbeza. jangan asyik tau cakap sahaja. fikirkan kebajikan guru-guru di Malaysia yang sudah pun terbeban dengan tugas-tugas bukan mengajar seperti urusan-urusan perkeranian.

    ReplyDelete
  7. Saya baru lepas letak jawatan setelah 4 tahun berkhidmat dan kini saya boleh tidur dengan lena.

    ReplyDelete