Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Friday, May 22, 2009

KPLI Update : KPLI vs KDC




Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung setia yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog kpli2u ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa lama saya tidak menulis sendiri di sini. Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini saya tidak berapa sihat dan sehingga sekarang pun masih belum pulih sepenuhnya. Namun saya gagahkan jua untuk menulis kali ini ikhlas demi pengunjung yang saya hargai sekalian. Jangan risau bukan demam H1N1 lagi.

Hari saya ingin membincangkan perbezaan antara KPLI vs KDC. Mungkin anda semua tahu apa itu KPLI. KPLI seperti yang kita semua sedia maklum adalah Kursus Perguruan Lepasan IjazahPemohon yang layak memohon mestilah bertaraf warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 35 tahun, memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/ institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dan diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu pemohon juga mestilah memiliki Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dan lulus ujian lisan di dalam satu sijil atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) dengan syarat lulus ujian lisan. Bagi calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau bidang yang berkaitan. Calon yang memenuhi syarat permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. Calon yang ditawarkan tempat berkursus dan setelah tamat pengajian adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru dimana calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. Bagi calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di institut pendidikan guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. Kelemahan KPLI ini ialah guru yang tamat berkursus berkemungkinan untuk dihantar ke serata ceruk Malaysia bergantung kepada keperluan sekolah.

Hal ini berlainan pula dengan KDC. KDC bermaksud Kursus Dalam Cuti. Lazimnya KDC diberikan kepada guru sekolah rendah yang hendak dinaiktarafkan kepada ijazah. Selain itu KDC juga diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk diserap menjadi guru tetap. Permohonan KDC ini bergantung kepada sokongan Pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan. Calon yang ditawarkan KDC ini akan berkhidmat seperti biasa di sekolahnya bertugas. Cuma calon ini akan pergi belajar di Maktab Perguruan semasa cuti sekolah. Tempoh belajar bagi calon KDC ini adalah satu tahun. Kelebihan KDC ini ialah guru berkenaan tetap berkhidmat di sekolah yang sama dan tidak akan ditukarkan ke sekolah lain bagi tempoh 3 tahun. Gaji guru KDC juga akan berjalan penuh seperti biasa sepanjang tempoh kursusnya.

Oleh itu tidak kisahlah yang mana satu sekalipun kursus yang dipilih. Kedua-duanya menuju ke arah profession perguruan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama memartabatkan bidang perguruan ini bak kata pepatah 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

Wassalam.

-Guru Cyber-

8 comments:

  1. Bila tarikh temuduga KPLI-KDC (SR) ambilan November 2010?

    ReplyDelete
  2. Masih ada KDC ditawarkan skearang ni? Bukankah sudah dibubarkan?

    ReplyDelete
  3. Apakah kelayakan untuk mendapat kdc?kerana saya lepasan stpm.adakah bekerja sbg GSTT sudah cukup utk melayakkan saya mendapat kdc?

    ReplyDelete
  4. Vote for your top 20 now!
    http://www.nescafe.com.my/chilllah/redir_top20.htm?src=youthsay&yssid=321171

    ReplyDelete
  5. saya adalah guru KDC Pemulihan Khas SKM.saya mendapat tawaran ini daripada temuduga yg dijalankan.Kelebihan KDC adalah terus diserap dengan gaji penuh iaitu RM1901.80 bg ijazah.kekurangan ialah mengambil masa yg lama untuk sah jawatan.apepun, bersyukur kerana ada pekerjaan di saat ramai yg masih belum mendapat pekerjaan tetap.

    ReplyDelete
  6. Halo, saya adlah guru GSTT dengan sijil ijazah.sebelum ni, saya ada mohon KPLI-KDC ambilan november 2010, tapi tak dapat, tapi pagi ni, saya dapat satu call dan diberitahu saya sudah dapat, dan saya perlu melapor diri pada isnin yang akan datang, apakan laman web yang saya perlu masuk untuk dapat surat rasmi???

    ReplyDelete
  7. bila iklan kpli-kdc akan keluar..pls bg tau....

    ReplyDelete
  8. bila iklan kpli-kdc di keluarkan dan di mana hendak mendapatkan borang

    ReplyDelete