Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)
Showing posts with label Tips Temuduga. Show all posts
Showing posts with label Tips Temuduga. Show all posts

Monday, May 25, 2009

KPLI Update : Mitos Temuduga KPLI/DPLI 2009




Ingin saya jelaskan di sini, beberapa mitos temuduga KPLI/DPLI


1. Untuk berjaya dalam temuduga kpli/dpli, saya perlu ada KABEL

Ini adalah antara mitos paling popular yang saya jumpa. Calon merasakan mereka perlukan KABEL atau bantuan orang dalam untuk berjaya dalam temuduga sedangkan ternyata, daripada tahun 2003 hingga sekarang, majoriti calon yang berjaya adalah calon yang tidak bergantung pada bantuan orang dalam. Mereka berusaha keras untuk berjaya dan penemuduga juga tidak ‘menyampah’ dengan mereka. Tahukah anda, majoriti penemuduga amat benci dengan calon yang cuba memasuki bidang perguruan dengan cara menggunakan bantuan orang dalam ? Penemuduga bukanlah calang-calang orang, yang mudah ditipu dan diperdaya. Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan IPG, pensyarah-pensyarah yang berbelas-belas tahun mengabdikan diri untuk menghasilkan guru-guru di Malaysia dan Pengarah-pengarah pendidikan di IPG seluruh negara. Golongan-golongan profesional ini sebenarnya dilatih untuk menemuduga calon, bukan main pilih tangkap muat sahaja jadi berhati-hati…Ada calon yang dihalau dari bilik penemuduga kerana ketika itu, calon dengan tan segan silunya menceritakan perihal bapa saudaranya, yang merupakan antara VIP di Malaysia..

 

2. Temuduga Perguruan adalah SAMA sahaja dengan temuduga mohon kerja yang lain 

Ini satu lagi mitos besar dalam temuduga kpli mahupun dpli. Yang lebih mengejutkan, ada calon yang sebelum ini bekerja sebagai panel penemuduga ( bahagian Human Resource Syarikat ), calon ini memang tugasnya menemuduga pekerja-pekerja baru di syarikat tempat beliau bekerja sebelum ini  juga GAGAL dalam temuduga kpli/dpli. Ya memang mengejutkan. Bukan seorang dua tetapi terlalu ramai yang menganggap persediaan temuduga perguruan adalah sama dengan persediaan temuduga kerja yang lain, sedangkan ia ibarat minyak dan air. Mereka melakukan pendekatan yang STEREOTYPE, dan membosankan, di mana majoriti calon lain juga mengamalkan teknik dan kaedah yang sama, malah jawapan mereka pun hampir sama. Apabila ini berlaku, calon-calon akan kelihatan BIASA sahaja di mata penemuduga dan tiada bezanya dengan calon lain, yang mungkin lebih hebat dari segi pencapaian akademik mereka.Bagaimana untuk ‘Stand Out’ sedangkan orang lain, terutamanya calon yang memiliki pakej ekpli.com datang untuk temuduga dengan keadaan bersedia dan sarat dengan maklumat serta KEJUTAN ?

Ada calon yang pernah ditemuduga sehingga 3 kali dan 3 kali juga gagal kerana masih mengamalkan kaedah yang lama dan STEREOTYPE..Mereka gagal memenuhi apakah Kehendak Penemuduga, khususnya Kehendak Kementerian Pendidikan, sebaliknya calon-calon ini terlalu yakin dengan proses temuduga mereka serta seringkali Syok Sendiri bila sedang ditemuduga.

dan banyak lagi mitos-mitos besar yang tidak diketahui oleh calon. Ini sangat membimbangkan dan yang peliknya, mereka tidak ambil pusing tentang perkara-perkara ini. Mereka lebih suka menyambung kerja asal mereka, membaca buku-buku rujukan Perkhidmatan Awam yang berlambak-lambak di pasaran dan menunggu hari temuduga. Ini adalah satu kerugian, lebih-lebih lagi merugikan apabila mereka sendiri tidak tahu apakah yang akan mereka hadapi nanti.

Saya berharap dengan adanya pakej ekpli.com di http://www.ekpli.com  , sedikit sebanyak beban anda untuk menghadapi temuduga dapat diringankan..Bukan itu sahaja, malah saya sentiasa meluangkan masa untuk calon. Saya tidak kisah jika calon menelefon saya hatta pada jam 2-3 pagi pun semata-mata untuk bertanya dan berbincang kerana bagi saya, kejayaan untuk bergelar seorang guru itu terlalu MANIS…ia perlukan usaha berterusan dan usaha yang betul. Tiada maknanya jika ada calon yang masih ego dan masih bersikap ‘aku dah tahu’ kerana dibimbangi, calon tersebut akan menggigit jari dan menyesal setelah keputusan diumumkan.

Tiada guna lagi menyesal ketika itu….Pada ketika itulah,calon yang gagal akan membuat rayuan, bersama-sama ribuan calon lain dan mengharapkan belas ihsan orang lain, pendek kata nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun sudah terlewat..Calon merasakan mereka berhak membuat rayuan dan bila mereka mendengar orang lain yang merayu juga mendapat tempat, mereka pun turut serta membuat rayuan secara membabi buta tanpa mempunyai visi yang jelas tentang dunia perguruan..

 

link : http://ekpli.com/blog/kpli/mitos-temuduga-kplidpli-2009.html

Saturday, May 23, 2009

Temuduga KPLI : Tips-Tips Temuduga




Salam Sejahtera..

Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.
Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal.
Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur.
Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:
Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.
Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.
Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.
Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

Boleh klik link di bawah untuk pelbagai tips lagi:

Monday, May 18, 2009

Temuduga KPLI : Pusat Kegiatan Guru



Mungkin ramai yang pernah melihat bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang tersergam indah sekeliling kita. Namun pernahkah kita terfikir apakah fungsi PKG tersebut?

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.


Antara fungsi PKG

Fungsi 1:  Memantau Sekolah Dan Memberi Khidmat Bantu Tentang Penggunaan Teknologi Pendidikan Dan Media

Fungsi 2:  Menjadi Pusat Rujukan Penggunaan Teknologi Pendidikan, Media dan ICT

Fungsi 3:  Melapor Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Pengurusan PKG


Untuk maklumat lengkap klik link di bawah:

Friday, May 15, 2009

KPLI Update : Teras Perkhidmatan Cemerlang




Teras perkhidmatan cemerlang dalam profession perguruan:
  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama
-Guru Cyber-

Wednesday, May 13, 2009

Langkah-langkah Untuk Mempertingkatkan Tahap Profesionalisme Perguruan




1.       Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
  • Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
  • Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan.  Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.
2.       Membuat penyelidikan dan penulisan
  • Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.
  • Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.
3.       Usaha ke arah perkembangan kendiri
  • Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.  Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.
  • Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.  Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.
4.       Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
  • Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.  Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
  • Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
5.       Pembelajaran sepanjang hayat
  • Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.
  • Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar.  Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

Tuesday, May 12, 2009

KPLI Update : Etika Perguruan.


          Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

          Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah  “Tatasusila Profesion Keguruan”.  Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.  Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.

Sunday, May 10, 2009

KPLI Update : Mengapakah Taraf Professional Dalam Bidang Perguruan Sering Dipertikaikan?


          Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional.  Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam.  Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai ‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’.  Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian.

          Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.  Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru.  Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.


Temuduga KPLI : Guru Professional


Soalan : Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda ?

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Temuduga KPLI : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

1.0          PIPP DAN WAWASAN 2020

1.1       Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 (Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri).

1.2       Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

2.0 PIPP DAN MISI NASIONAL

2.1       Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju.

2.2      Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:-

Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’

Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif

 

Untuk maklumat penuh layari link di bawah.

Link : http://www.kmph.matrik.edu.my/PIPP/moe_pipp_00.pdf

Saturday, May 9, 2009

Temuduga KPLI : Rukunegara




Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. 

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: 
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan"


Friday, May 8, 2009

Pengalaman Temuduga KPLI


Salam Sejahtera..

Hari esok merupakan hari cuti kepada semua kakitangan awam. Tidak terkecuali juga kepada mereka yang berkhidmat dalam profession perguruan. Apa perancangan rakan guru sekalian pada cuti hujung minggu ini? Semoga semuanya berbahagia di samping orang yang tersayang.

Bagi yang baru lepas menjalani temuduga KPLI pada minggu ini macam mana?. Saya doakan anda semua berjaya dalam temuduga tersebut. Sekiranya anda ada cerita mengenai pengalaman temuduga KPLI, janganlah segan silu untuk kongsikannya di sini. Email saya di (comtech2u@gmail.com) untuk mendapatkan status 'author' di blog ini. Manalah tahu berkat cerita tersebut menyebabkan anda terpilih dalam temuduga baru-baru ini. Paling kurang pun ianya dapat menjadi panduan kepada rakan guru di luar yang berminat untuk memasuki bidang perguruan yang mulia ini. Semoga kita semua dirahmati olehNya. Amin...

-Guru Cyber-

Temuduga KPLI : Falsafah Pendidikan Kebangsaan




Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.