Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)
Showing posts with label dpli. Show all posts
Showing posts with label dpli. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

DPLI :Permohonan Diploma Pendidikan (DPLI) lepasan ijazah bagi tahun 2010



SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.

Syarat Am
  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
  5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

  • Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

JUMLAH PROGRAM
:
Jumlah Keseluruhan Program Pengajian yang ditawarkan ialah 18 program

Bil
IPTA
Kod
Nama Program

1

UPSI

AT03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

2

UPSI

AT06D
BAHASA INGGERIS

3

UPSI

AT21D
PERDAGANGAN / PERNIAGAAN

4

UPSI

AT32D
SEJARAH

5

UPSI

AT41D
PENDIDIKAN MORAL

6

UPSI

AT45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

7

UPSI

AT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

8

UiTM

ET03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

9

UiTM

ET06D
BAHASA INGGERIS

10

UiTM

ET23D
PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL

11

UiTM

ET45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

12

UMS

HT06D
BAHASA INGGERIS

13

UMS

HT33D
GEOGRAFI

14

UPM

PT06D
BAHASA INGGERIS

15

UPM

PT09D
SAINS PERTANIAN

16

UPM

PT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

17

USM

ST06D
BAHASA INGGERIS

18

UIAM

YT06D
BAHASA INGGERIS

Kod Program Pengajian telah dikemaskini sehingga 21 Februari 2010 : 07:58:56 AM


Sunday, May 24, 2009

KPLI Update : GSTT vs Guru Kontrak




Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk menjadi cikgu. Kita sudah sedia maklum kerajaan telah menyediakan dua jenis kursus untuk mahasiswa bukan bidang perguruan untuk berpeluang menjadi guru. Iaitu dengan mengikuti KPLI dan DPLI. Namun terdapat cara lain yang membolehkan kita menjadi cikgu. Antaranya ialah dengan menjadi GSTT dan Guru Kontrak. 

GSTT bermaksud Guru Sandaran Tidak Terlatih. Jawatan GSTT ini dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tempatan berdasarkan keperluan sekolah di daerah berkenaan. Tujuan GSTT ini adalah untuk mengisi kekosongan guru. Ianya boleh dikatakan sebagai guru sementara sehinggalah guru sebenar 'posting' di sekolah berkenaan. Lazimnya kontrak GSTT ini ditawarkan selama satu tahun. Tetapi kontrak GSTT boleh ditamatkan serta-merta sekiranya ada guru sebenar yang 'posting' ke sekolah berkenaan. Kebiasaannya PPD akan cuba memindahkan guru GSTT terbabit ke sekolah lain dari terus menamatkan perkhidmatannya. Pengalaman sebagai GSTT ini penting kerana ianya amat membantu apabila memohon KPLI atau DPLI kelak. Jangka hayat GSTT ini tidak tetap. Selagi diperlukan selagi itulah kontraknya akan disambung tahun demi tahun sehinggalah diserap menjadi guru tetap ataupun ditamatkan perkhidmatannya.

Guru Kontrak pula adalah satu dari usaha terkini kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran di tahun 2009 ini. Guru kontrak ini akan ditawarkan kontrak selama 6 bulan bermula dari tarikhnya berkhidmat. Selain itu penempatan guru ini bergantung kepada kementerian pelajaran negeri. Jangka hayat guru kontrak sudah tetap iaitu 6 bulan. Ini bermakna guru kontrak ini akan menghitung hari untuk ditamatkan sejak dari perlantikannya sebagai guru kontrak.

Oleh itu dapatlah disimpulkan di sini kedua-dua jawatan ini hanyalah sementara. Kedua-duanya ada pro dan kontra bergantung kepada yang menilai. Pendek kata tepuk dada tanyalah selera.

Wassalam

-Guru Cyber-

Monday, April 13, 2009

Panduan Ujian MEdSI


  1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my mulai 13 April 2009.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

  3. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRIketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my

  4. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

  5. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  6. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.

  7. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  8. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

  9. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

  10. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

  11. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  12. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI(Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).