Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)
Showing posts with label Tips ujian verbal. Show all posts
Showing posts with label Tips ujian verbal. Show all posts

Friday, April 10, 2009

KPLI MTest : Tips Ujian Verbal


Analogi Verbal
Analogi Verbal atau Kertas BM boleh diselesaikan dengan :

1. Mengenalpasti soalan tersebut masuk dalam kategori apa ?

2. Menjawab berdasarkan konsep

Untuk soalan analogi, biasanya 2 perkataan akan diberikan, ia sudah dimanipulasikan oleh pembuat kertas soalan supaya calon boleh melihat : Apakah hubungan jelas tentang 2 perkataan itu ? Apakah kesimpulannya ? Calon diuji dalam bakat menghubungkait dan melihat perhubungan antara 2 atau lebih objek..

Ada lima hubungan yang akan diuji :

1. Sinonim

2. Antonim

3. Sebahagian- seluruh

4. Sebab- Akibat

5. Pertalian berpasangan langsung dan sebagainya


Jadi, apabila anda sudah membuka kertas soalan, terus sahaja jawab secara pantas dan congak ( Gunakan teknik 4 pusingan )

Apabila anda 'berjumpa' dengan soalan susah : Gunakan teknik ini

1. Cuba kenalpasti dulu, soalan itu masuk kategori mana ?

Contoh : Kategori Sinonim

jadi, kategori sinonim adalah untuk soalan-soalan seperti ini :

1. Kecil seperti kenit, besar seperti

A. jerung
B. kerdil
C. Kumin
D. Gergasi

Jawapan D , ia adalah soalan SINONIM ( besar adalah sinonim dengan Gergasi )


2. Senang seperti Suka Ria

A. syaitan : benci
B. benci : meluat
C. nasib : sayang
D. benci : sayang

Jawapan : B

Soalan SINONIM ( benci adalah sinonim dengan meluat )
Seterusnya saya akan masukkan soalan kategori-kategori lain , ingat , jika anda terhenti dan tidak boleh jawab atau jawapan-jawapan hampir-hampir sama, mula-mula kenalpasti dulu soalan itu masuk kategori yang mana satu !


Penyelesaian Sukar
Kategori Verbal Antonim

Contoh Soalan Verbal Berbentuk Antonim

Malam untuk Siang dan Matahari untuk
A.bintang
B.cakerawala
C.bumi
D.bulan

Jawapan : Bulan
Penyelesaian :
Siang = Matahari
Malam = _______
Di situ, tentulah bulan
Konteks terlibat : Masa dan bintang


Banjir : Kemarau
A. emas : perak
B. unta : gurun
C. kaya : miskin
D. petang : malam
Jawapan : C

Sangat kontras di situ
Banjir = kaya
Kemarau = miskin


Verbal Sebahagian – Seluruh

Buku : Muka Surat
A.buku-novel
B.cerita-pustaka
C.muka surat-perkataan
D.koma-tanda seruan

Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori sebahagian-seluruh , sub topik-topik , spesifik – umum
Tetapi soalan ini diterbalikkan, jadi hubungannya ialah seluruh – sebahagian , topik – sub topik, umum – spesifik
Kenapa bukan A ? Kerana A ialah hubungan sebahagian – seluruh, sedangkan soalan berkehendakkan hubungan seluruh - sebahagian
Hati hati kerana mungkin terkeliru, nampak senang tapi calon ramai yang salah soalan ini kerana terlalu gopoh, tidak perhatikan secara teliti


Verbal Sebab-Akibat

Lembu – Susu
A.arak-minuman
B.batuk-sejuk
C.gandum-roti
D.tembakau-roti

Jawapan : C
Soalan ini agak sukar kerana banyak pengacau
Tetapi, ingat kita juga ada hubungan source-product ( sumber-produk ) , boleh diaplikasikan di sini
Jika kita gabungkan hubungan sebab-akibat dan source-product, jawapan kita akan lebih ‘narrow’ dan lebih tepat..
Kenapa bukan
A.arak-minuman --- sepatutnya arak-anggur
B.batuk-sejuk ---- sepatutnya batuk-tercekik , atau menggigil-sejuk
D.tembakau-roti -- sepatutnya tembakau-rokok atau gandum-roti
Tips : gabungkan beberapa hubungan supaya jawapan anda lebih ‘narrow’


Verbal Perhubungan Langsung

Najis – gajah
A.ikan-makanan
B.cacing-tanah
C.oksigen-pokok
D.akuarium-ikan

Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori perhubungan langsung, a direct relationship, dan soalan ini juga gabungan kategori cause-effect ( sebab – akibat ) namun diterbalikkan menjadi akibat- sebab ( effect – cause )
Najis = Akibat ( Effect ) atau ( Produk )
Gajah = Sebab ( Cause ) atau ( Sumber )
Cause --- Effect
Sumber --- Produk
Penyebab kepada hadirnya najis itu adalah disebabkan adanya gajah, jika tiada gajah ( Cause ) maka tiada najis ( Effect ). Najis adalah produk dari sumber gajah
Kenapa bukan
A. ikan-makanan -- hubungan terlalu luas, terlalu broad dan tidak spesifik
B. cacing-tanah -- ini bukan hubungan sebab-akibat ( jangan keliru )
D. akuarium-ikan - ini bukan hubungan source-product
Oksigen-pokok adalah jawapan paling tepat kerana ia merupakan
- hubungan langsung
- effect – cause ( akibat – sebab )
- Product – source ( produk – sumber )


Soalan Kategori (Sebahagian-Seluruh / Seluruh-Sebahagian)
Soalan ini juga merujuk kepada hubungan Subset - Set , Spesifik - Umum

Contoh soalan :

1. Asli berkaitan dengan CIPTAAN

A. Lagu - markah
B. tiruan - plagiat
C. belajar - kerja
D. tiru - kerja

Jawapan : B
Jika anda perhatikan betul-betul, memang B adalah hubungan sebahagian - seluruh , lagipun ia sesuai dengan konteks di situ


Kotak : Penutup dan Botol

A. kaca
B. isi
C. gabus
D. pecah


jawapan : C
ia adalah hubungan sebahagian-seluruh, cuma soalan diterbalikkan menjadi seluruh - sebahagian, hati-hati apabila menjawab, soalan mungkin diterbalikkan. Apabila soalan diterbalikkan, maka hubungan juga mesti diterbalikkan !
Kotak adalah objek besar.Penutup adalah bahagian kecil yang ada pada kotak, lihat saya gunakan ayat 'sebahagian kecik' di situ, so sudah tentulah ia hubungan sebahagian-seluruh
gabus pula adalah sebahagian daripada botol, lihat jawapan-jawapan lain langsung tidak relevan


link : http://tips-verbal-2008.blogspot.com/

Thursday, April 9, 2009

KPLI MTest : Peraturan Menduduki Ujian MTest


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2009

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a.Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b.Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c.Pensel 2B dan Pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan. 

Penampilan dan pakaian lelaki:

a.Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b.Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c.Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d.Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e.Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.
tetamu sifu
Ahli
#98 | Dikirim pada: 27 Mac 2009 12:32:29
Balas Quote

A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga. 



B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1.Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2.Analitikal
3.Kuantitatif
4.Verbal (Bahasa Melayu)
5.Bahasa Inggeris

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:

Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN

Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.


D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST 

Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST: 

i.Warganegara Malaysia
ii.Memiliki Ijazah yang diiktiraf
iii.Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan setaraf dan lulus Ujian Lisan
iv.Mempunyai Pengesahan Nilai Taraf Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah
v.Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun kemasukan.

Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada internet untuk menduduki MTeST.

E: BAYARAN UJIAN

Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST

Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

i.Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian. 
ii.Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan. 
iii.Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv.Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula. 

G: KEPUTUSAN MTeST

Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian:
www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.


Objektif

Komponen ujian ini bertujuan 
memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.


Format Soalan

Jumlah soalan: 135 
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab
secara spontan
purata 4 �" 5 soalan dalam masa 1 minit


VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.


Objektif

Komponen ini bertujuan
mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.


Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang : 
Analogi �" 15 soalan
Melengkapkan Ayat �" 5 soalan
Kefahaman - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan
analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong
kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.




ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi. 


Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.



Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang
Analitikal - 16 soalan
Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan
analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.




KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.


Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh 
mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
membuat perbandingan antara dua kuantiti;
membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.


Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk 

perbandingan kuantitatif - 15 soalan
penyelesaian masalah &
mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan 
tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.


BAHASA INGGERIS

Rasional: 

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.


Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Format

Terdapat tiga jenis item:
Error identification - 10 soalan
Improving sentences - 10 soalan
Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;read the instructions for each item carefully;
choose/select the best answer from the four options given in each question.