Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Monday, June 22, 2009

KPLI Review : Keputusan Temuduga dan Tawaran KPLI


Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam temuduga KPLI baru-baru ini. Sudah pastinya mereka sudah mendapat tahu di mana tempat mereka akan melalui kursus tersebut. Walau di mana sekalipun anda di hantar, saya doakan anda berjaya menyerap seberapa banyak ilmu tentang bidang perguruan ini. Buktikan kepada negara bahawa guru lepasan KPLI ini setanding dengan guru lepasan maktab malahan lebih baik lagi. Hal ini kerana baru-baru ini terdapat banyak sungutan masyarakat terhadap guru lepasan KPLI ini. Sekiranya ada apa-apa yang hendak dikongsikan bersama semasa berkursus tersebut, janganlah segan silu untuk menghantar email kepada blog kpli2u ini. Semoga ilmu tersebut memberi manfaat kepada rakan kita yang masih berusaha untuk mendapat tempat mengikuti KPLI tersebut.

Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan susah hati. Mungkin belum sampai rezeki lagi. Lagipun saya ada terdengar khabar angin mengatakan borang pengambilan KPLI akan keluar pada 17hb Julai depan. Mengenai DPLI pula saya masih tidak pasti, tetapi rasanya dalam bulan Julai juga. Oleh itu sama-samalah kita tunggu akan kebenaran khabar angin tersebut. Sekiranya rakan sekalian ada apa-apa informasi terkini, silalah kongsikannya di blog kpli2u ini.

Akhir kata selamat berkursus saya ucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran KPLI baru-baru ini. Semoga anda berjaya dan berbakti kepada agama, nusa dan bangsa suatu hari nanti.

Wassalam

-Guru Cyber-

2 comments:

  1. Salam..Saya ada jg dengar KPLI keluar bln Julai tp smpai skrang belum ada apa-apa lg. Setiap thn saya apply. Blh syorkn kepada saya kursus apa yg sesuai dgn pengajian saya (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat. Saya telah memohon semenjak 2003 sehingga ke hari ini tidak pernah sekalipn dipanggil untuk temuduga. Tq

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan agar Cik Atirza mengambil bidang kursus yang paling kurang persaingan. Boleh cuba subjek Malaysia Negaraku yang baru dibuka sekarang.

    ReplyDelete