Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)
Showing posts with label masalah disiplin. Show all posts
Showing posts with label masalah disiplin. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Kementerian Pelajaran Diminta Jangan Pilih Perokok Jadi Guru




SEMPENA Hari Guru pada 16 Mei lalu, Kementerian Pelajaran diminta melakukan tapisan kepada bakal-bakal guru yang menghadiri ujian bertulis dan temu duga bagi mengelak dari memilih mereka yang kaki rokok menjadi guru.

Tapisan ini penting bagi memastikan hanya mereka yang bersih dari gejala ini dipilih menjadi guru dan patuh kepada arahan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Kerajaan patut memandang serius terhadap tabiat merokok di kalangan bakal-bakal guru agar tidak menambah bilangan perokok di kalangan guru yang sedia ada.

Guru mesti menjadi contoh dan idola kepada pelajar. Oleh itu guru mesti menjadi teladan iaitu jangan sesekali merokok. Jangan sampai peribahasa 'Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari' terjadi.

Kesihatan amat penting. Ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik pelajar agar menjauhi rokok dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Merokok merbahayakan kesihatan dan merupakan antara penyebab kematian kepada lima juta manusia setiap tahun. Laporan kesihatan sedunia mendedahkan bahawa empat juta lelaki dan sejuta wanita mati manakala dua juta lelaki dan 380,000 wanita adalah dari negara yang sedang membangun.

Di Malaysia terdapat 4.6 juta perokok dan lapan peratus daripada angka ini adalah pelajar. Tanggungjawab siapa mengatasi isu ini? Jika guru boleh menjadi teladan dengan berhenti menghisap rokok, saya percaya pelajar akan mengikut jejak langkah guru mereka.

Bilangan perokok di negara maju semakin menurun dan ini hasil dari peningkatan pelajaran yang mereka terima dan cepat sedar tentang bahaya merokok serta lebih mengutamakan kesihatan.

Trend merokok di kalangan pelajar amat membimbangkan. Hanya guru yang dapat memberi kesedaran dan pendidikan kepada pelajar agar berhenti merokok.

ZAINOR RASHID ABDULLAH

Pahang

link : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Monday, May 4, 2009

Disiplin : Menghormati Orang Tua


Salam Sejahtera..

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur kita untuk melihat sinaran matahari pada hari ini. Seperti rutinnya, pada setiap hari isnin semua semua sekolah yang memulakan sesi persekolahannya pada hari ini akan mengadakan perhimpunan.

Hari ini perhimpunan telah dilakukan di sekolah ini. Saya tertarik untuk berkongsi tentang masalah disiplin disini. Pada minggu lepas sahaja terdapat dua kes bergaduh di sekolah ini. Sehinggakan pihak sekolah terpaksa menyerahkan kes ini kepada pihak polis. Kes ini benar-benar membimbangkan para guru di sini. Ini kerana para pelajar sudah hilang perasaan hormat menghormati terutama kepada yang lebih tua. Sepatutnya nilai murni menghormati orang tua ini haruslah dididik semasa di rumah lagi. Bak kata pepatah 'Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya'.

Kepada ibu bapa, janganlah sibuk nak menyalahkan guru pula sekiranya terjadi perkara sebegini. 'Ibarat ingin memburu harimau, pijat di bantal pun tidak dapat dihapuskan'.

Renungkanlah.. Wassalam