Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Wednesday, April 29, 2009

Wajarkah Guru Dipersalahkan ?


Salam sejahtera kepada semua..

Saya suka memetik satu peribahasa 'Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain'. Peribahasa ini sudah lama sinonim dengan masyarakat kita. Maksudnya guru terpaksa bersusah payah mengorbankan diri demi mendidik anak jiwa bangsa. Kita sudah sedia maklum bahawa tugas guru adalah untuk mendidik. Boleh saya katakan di sini bahawa semua dari kita pernah menjadi pelajar dan pernah mempunyai guru. Justeru itu, kita seharusnya sudah tahu betapa sukarnya guru-guru kita mendidik kita selama ini. Ingatlah, tanpa ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kita dahulu, siapalah kita hari ini. Tak perlulah kita nak bangga dengan profession kita hari ini, tak perlulah kita nak bangga dengan pangkat kita ada hari ini  dan tak perlulah kita nak bangga dengan harta benda yang kita miliki  hari ini. Kerana tanpa guru yang mengajar kita mengenal ABC dahulu, tidak mungkin kita menjadi orang yang sehebat sekarang. 

Para pembaca yang budiman sekalian. Cuba renungkan kembali guru-guru yang pernah mengajar kita selama ini. Adakah mereka pernah menuntut apa-apa dari kita sebagai balasan? Tidak. Mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari kita. Mereka cuma harapkan agar mereka dihargai dan dihormati sahaja sebagai guru. Inilah yang saya ingin tekankan kali ini. Masyarakat kita hari ini sudah semakin lupa apa itu guru. Mereka sudah tidak hormat lagi kepada guru. Hal ini menjangkiti anak-anak mereka yang di bangku sekolah. Kesannya pada masa sekarang terlalu ramai pelajar yang biadab terhadap guru. Apakah kedua ibu bapa mereka tidak ajar cara menghormati guru. Dalam agama kita ada menyebut bahawa guru adalah orang ketiga yang perlu dihormati selepas ibu dan bapa. Oleh itu wajarlah guru menjadi orang yang paling dihormati  di sekolah.

Merujuk kepada masalah ini saya terpanggil untuk menceritakan bagaimana pengalaman guru yang dipersalahkan oleh ibu bapa yang tak rasional. Di sekolah yang multi-racial masalah disiplin memang berada pada tahap kritikal. Ini memaksa guru menggunakan langkah yang lebih tegas bagi mendisiplinkan mereka. Oleh itu hampir semua guru di sekolah berkenaan mempunyai rotan. Guru terpaksa berhempas pulas membanting tulang bagi mendisiplinkan pelajar. Tetapi terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memahami masalah ini. Apabila anaknya mengadu di rotan oleh guru, ibu bapa ini terus menyalahkan guru bulat-bulat di atas insiden tersebut. Seharusnya mereka harus faham. Tiada guru yang akan merotan pelajar sewenang-wenangnya tanpa sebab. Lagi satu, mereka haruslah menyiasat perkara ini terlebih dahulu. Jangan cepat melatah. Biasanya ibu bapa hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Ketahuilah wahai para ibu bapa sekalian, anak-anak zaman sekarang semakin pandai berlakon. Menipu itu sudah perkara biasa bagi mereka.  Di rumah anak mereka pijak semut pun tak mati. Tetapi di sekolah anak merekalah yang paling hantu sekali. 

Berbeza dengan zaman kita di bangku sekolah dahulu. Pada waktu itu pelajar takut untuk memberitahu kepada ibu bapa sekiranya mereka telah dirotan di sekolah. Ini kerana mereka pasti akan dirotan pula di rumah selepas itu. Hal ini berjaya mendisiplinkan pelajar agar menghormati guru. Namun dewasa ini kebanyakan ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka. Segala kata anaknya dituruti hinggakan mereka tidak sedar bahawa mereka telah ditipu oleh lakonan anak mereka. Pepatah melayu ada menyebut 'Sayangkan anak tangan-tangankan'. Sekiranya orang kita berpegang kepada pepatah ini, sudah tentu masalah disiplin ini dapat dikurangkan.

Oleh itu saya harapkan para ibu dan bapa dapat berfikiran rasional dalam membuat keputusan. Masyarakat pula janganlah memandang negatif terhadap guru. Fahamilah betapa sengsaranya para guru mendidik anak-anak mereka agar dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di kemudian hari.

-Reza-

Jerantut, Pahang

12 comments:

  1. pada pendapt saya guru dimasa sekarang wajar tidak merotan pelajar kerana kita sedia maklum, tugas guru adalah untuk mengajar bukan mendidik....lgipun kenapa bersusah payah merotan pelajar yang degil..
    biar la luncai terjun dengan labunya...tugas mendidik pelajar harusla diberikan kepada ibu bapa...

    ReplyDelete
  2. Eh..saya rasa saudara paih ni telah terlupa kenapa guru dianggap sebagai lilin...
    memng tugas guru itu untuk demi pelajar...ibu bapa mungkin tidak perasan akan situasi disekolah khususnya dikelas amat berbeza..jikalau dirumah, pelajar boleh sbg individu mikro..tetape dikelas mereka tidak lg menjadi individu mikro sebaliknya sudah menjadi sekumpulan individu makro..
    mengawal pelajar yang degil menjadi isu utama bagi membolehkan pelajaran dan pengajran dilaksanakan..oleh yang demikian saudara paih harusla melihat kepada falsafah penDIDIKan kebangsaan...

    ReplyDelete
  3. salam..
    sekarang ramai yang menyalahkan GURU kerana tidak memberi pendidikan di sekolah,malah ada yang mengatakan GURU datang ke sek. hanya utk merotan dan memukul...namun disebalik kata2 tomahan ini saya sorang GURU BITARA menangkis kata2 demikian...kita tidak boleh mempersalahkan guru semata-mata....bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebung nyer.....

    ReplyDelete
  4. sambungan....
    jadi...mendidik anak bukan hanya disekolah malah pendidikan juga bermula dari mereka di peringkat bayi lagi....jika ibu bapa mendidik anak mereka dari kecil lagi sudah tentu tiada lagi pelajar bermasalah disekolah....adakah dgn hanya menyayangi mereka sudah mencukupi...? fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  5. Ya mana ada guru yang suka merotan pelajar sesuka hati. Kalau ada pun ianya hanyalah kes terpencil. Jadi janganlah disalahkan semua guru atas kesilapan itu. Hal ini boleh dikatakan 'ibarat gagak menggonggong telur'. Renungkanlah..

    ReplyDelete
  6. salam..
    ye ibarat gagak mengonggong telor....ermmm pepatah mana saudara petik tuh..?

    ReplyDelete
  7. Em pepatah tu boleh didapati di dalam kamus peribahasa yang banyak dijual di kedai buku berhampiran saudara PengSan.

    ReplyDelete
  8. KALAU RASA NAK CEMUH GURU. CUBA JADI GURU DULU. BARU TAHU LANGIT TU TINGGI KER RENDAH.

    ReplyDelete
  9. Salam..sy amat bersetuju dgn kenyataan yg diberikan..student sudah pandai tunjuk "belang" nya..kita x boleh salahkan cg sratus pratus.. ke mana perginya peranan ibu bapa?skap dan keperibadian seseorg itu bergantung kpd didikan semasa kecil..sy yakin guru2 hari ini sudah berusaha,berhempas pulas utk mendidik anak bangsa..SYABAS PARA GURU!!g0..g0..chaiyok!!

    ReplyDelete
  10. renungan buat ibu bapa..saidina Ali r.a ada memberi panduan utk memdidik anak..beliau menbahagikan kategori umur anak itu mengikut 3 fasa.Fasa 1:7 thn pertama,Fasa 2:7 thn kedua Fasa 3:7 Thn ke tiga.Fasa 1,(1 thn-7thn)-bermain bersama mereka,yakni melayan kerenah mereka. Fasa 2,(8 thn-14thn),memdidik mereka dgn tegas, hukum jika melakukan kesalahan dan memberi teguran berhikmah(terap disiplin ala2 tentera).Fasa 3(15thn-21thn), anda mestilah menjadi "RAKAN KARIB" kpd ank2 anda..pd peringkat umur sebegini, tiada gunanya r0tan dan cemeti lagi...renung2kan,dan selamat beramal...=)

    ReplyDelete
  11. Salam, saya sebagai ibu tidak menyalahkan guru jika anak saya dirotan kerana kesalahannya. Tapi saya lihat guru anak saya tidak mahu merotan anak saya. Saya lebih suka jika guru boleh menganggap anak saya seperti anak mereka sendiri. Disekolah saya dulu, murid hormat dan takut pada guru kerana guru garang. Kami menghormati guru seperti ibu bapa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai guru dalam dua zaman, saya dapat melihat kesan apabila guru tidak dibenarkan merotan. Anak murid era 90-an dan 20-an telah menjadi murid yang sukar dididik, degil dan semakin kurang ajar berbanding murid era 80-an. Ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor seperti masalah keluarga, kesan kecanggihan TMK dan sebagainya serta tiada lagi cara pendidikan berasaskan hukuman. Sedangkan dalam mendidik anak, kita seharusnya mengabungkan aspek ganjaran (pujia2an, hadiah dll) dan juga hukuman/dendaan sebagai pengajaran agar tidak mengulangi lagi perbuatan yang salah. Harap difikir2kan...

      Delete