Analogi Verbal
Analogi Verbal atau Kertas BM boleh diselesaikan dengan :
1. Mengenalpasti soalan tersebut masuk dalam kategori apa ?
2. Menjawab berdasarkan konsep
Untuk soalan analogi, biasanya 2 perkataan akan diberikan, ia sudah dimanipulasikan oleh pembuat kertas soalan supaya calon boleh melihat : Apakah hubungan jelas tentang 2 perkataan itu ? Apakah kesimpulannya ? Calon diuji dalam bakat menghubungkait dan melihat perhubungan antara 2 atau lebih objek..
Ada lima hubungan yang akan diuji :
1. Sinonim
2. Antonim
3. Sebahagian- seluruh
4. Sebab- Akibat
5. Pertalian berpasangan langsung dan sebagainya
Jadi, apabila anda sudah membuka kertas soalan, terus sahaja jawab secara pantas dan congak ( Gunakan teknik 4 pusingan )
Apabila anda 'berjumpa' dengan soalan susah : Gunakan teknik ini
1. Cuba kenalpasti dulu, soalan itu masuk kategori mana ?
Contoh : Kategori Sinonim
jadi, kategori sinonim adalah untuk soalan-soalan seperti ini :
1. Kecil seperti kenit, besar seperti
A. jerung
B. kerdil
C. Kumin
D. Gergasi
Jawapan D , ia adalah soalan SINONIM ( besar adalah sinonim dengan Gergasi )
2. Senang seperti Suka Ria
A. syaitan : benci
B. benci : meluat
C. nasib : sayang
D. benci : sayang
Jawapan : B
Soalan SINONIM ( benci adalah sinonim dengan meluat )
Seterusnya saya akan masukkan soalan kategori-kategori lain , ingat , jika anda terhenti dan tidak boleh jawab atau jawapan-jawapan hampir-hampir sama, mula-mula kenalpasti dulu soalan itu masuk kategori yang mana satu !
Penyelesaian Sukar
Kategori Verbal Antonim
Contoh Soalan Verbal Berbentuk Antonim
Malam untuk Siang dan Matahari untuk
A.bintang
B.cakerawala
C.bumi
D.bulan
Jawapan : Bulan
Penyelesaian :
Siang = Matahari
Malam = _______
Di situ, tentulah bulan
Konteks terlibat : Masa dan bintang
Banjir : Kemarau
A. emas : perak
B. unta : gurun
C. kaya : miskin
D. petang : malam
Jawapan : C
Sangat kontras di situ
Banjir = kaya
Kemarau = miskin
Verbal Sebahagian – Seluruh
Buku : Muka Surat
A.buku-novel
B.cerita-pustaka
C.muka surat-perkataan
D.koma-tanda seruan
Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori sebahagian-seluruh , sub topik-topik , spesifik – umum
Tetapi soalan ini diterbalikkan, jadi hubungannya ialah seluruh – sebahagian , topik – sub topik, umum – spesifik
Kenapa bukan A ? Kerana A ialah hubungan sebahagian – seluruh, sedangkan soalan berkehendakkan hubungan seluruh - sebahagian
Hati hati kerana mungkin terkeliru, nampak senang tapi calon ramai yang salah soalan ini kerana terlalu gopoh, tidak perhatikan secara teliti
Verbal Sebab-Akibat
Lembu – Susu
A.arak-minuman
B.batuk-sejuk
C.gandum-roti
D.tembakau-roti
Jawapan : C
Soalan ini agak sukar kerana banyak pengacau
Tetapi, ingat kita juga ada hubungan source-product ( sumber-produk ) , boleh diaplikasikan di sini
Jika kita gabungkan hubungan sebab-akibat dan source-product, jawapan kita akan lebih ‘narrow’ dan lebih tepat..
Kenapa bukan
A.arak-minuman --- sepatutnya arak-anggur
B.batuk-sejuk ---- sepatutnya batuk-tercekik , atau menggigil-sejuk
D.tembakau-roti -- sepatutnya tembakau-rokok atau gandum-roti
Tips : gabungkan beberapa hubungan supaya jawapan anda lebih ‘narrow’
Verbal Perhubungan Langsung
Najis – gajah
A.ikan-makanan
B.cacing-tanah
C.oksigen-pokok
D.akuarium-ikan
Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori perhubungan langsung, a direct relationship, dan soalan ini juga gabungan kategori cause-effect ( sebab – akibat ) namun diterbalikkan menjadi akibat- sebab ( effect – cause )
Najis = Akibat ( Effect ) atau ( Produk )
Gajah = Sebab ( Cause ) atau ( Sumber )
Cause --- Effect
Sumber --- Produk
Penyebab kepada hadirnya najis itu adalah disebabkan adanya gajah, jika tiada gajah ( Cause ) maka tiada najis ( Effect ). Najis adalah produk dari sumber gajah
Kenapa bukan
A. ikan-makanan -- hubungan terlalu luas, terlalu broad dan tidak spesifik
B. cacing-tanah -- ini bukan hubungan sebab-akibat ( jangan keliru )
D. akuarium-ikan - ini bukan hubungan source-product
Oksigen-pokok adalah jawapan paling tepat kerana ia merupakan
- hubungan langsung
- effect – cause ( akibat – sebab )
- Product – source ( produk – sumber )
Soalan Kategori (Sebahagian-Seluruh / Seluruh-Sebahagian)
Soalan ini juga merujuk kepada hubungan Subset - Set , Spesifik - Umum
Contoh soalan :
1. Asli berkaitan dengan CIPTAAN
A. Lagu - markah
B. tiruan - plagiat
C. belajar - kerja
D. tiru - kerja
Jawapan : B
Jika anda perhatikan betul-betul, memang B adalah hubungan sebahagian - seluruh , lagipun ia sesuai dengan konteks di situ
Kotak : Penutup dan Botol
A. kaca
B. isi
C. gabus
D. pecah
jawapan : C
ia adalah hubungan sebahagian-seluruh, cuma soalan diterbalikkan menjadi seluruh - sebahagian, hati-hati apabila menjawab, soalan mungkin diterbalikkan. Apabila soalan diterbalikkan, maka hubungan juga mesti diterbalikkan !
Kotak adalah objek besar.Penutup adalah bahagian kecil yang ada pada kotak, lihat saya gunakan ayat 'sebahagian kecik' di situ, so sudah tentulah ia hubungan sebahagian-seluruh
gabus pula adalah sebahagian daripada botol, lihat jawapan-jawapan lain langsung tidak relevan
link : http://tips-verbal-2008.blogspot.com/
Sng soalan susah jawab....Kena byk befikir
ReplyDeletetq banyak2..saya mula memahami..sebelum ni memang tak faham..pg esok nak g mtest..semoga saya berjaya..insyaallah..tq..
ReplyDeleteooo...mcm ni rupanye nk jwb soalan verbal.sblm ni btul2 blur nk jwb.skrg dh faham....hrp2 esk bleh jwb.insyallah....
ReplyDeletet kasih ....doakan mtest ambo esok...
ReplyDeleteThanks blog kpli2u.. Banyak membantu saya.. Doakan kejayaan Mtest saya esok..
ReplyDeleteya Allah ya tuhan ku...kau buka lah pintu hati dan minda ku untuk mengingati dan menjawab soalan mtest pada hari esk dengan tenang dan yakin. Aminn..
ReplyDeleteyup...tambah faham sikit lg..anyway tq very much..semoga kita berjaya...insya-Allah. Amin.
ReplyDeletethanks for the infomation..wish me luck 4 MTEST 2 tomorrow...:)
ReplyDeletealhmdllah..br trbkk skit minda nii nk jwb soalan nnt.....
ReplyDeletehmm..alhamdulillah..syukur dgn info nie
ReplyDeletesabtu nie sy test 13.11.2010..
ReplyDeletebru sy faham sikit2 berkenaan bentuk2 soalan MTest.
susah dan agak mengelirukan. trpaksa belajar dan buat rujukan semula bahasa melayu spm n stpm.dh lama tinggal,d u pn ambik kos lain...
moga2 sy pass..terima kasih banyak2..atas panduan ini
sekarang baru fhm macam mana nak jwb soalan verbal ni..sebelum ni blur je..anyway, tq very much n wish me luck for the exam..
ReplyDeletememang pun susah,sbbnye kena menggunakan IQ..dri teknik menjawab soalan...huhu wish the best for intake KPLI ambilan Januari 2011
ReplyDeletetq so much. bru fhm cra mjwab. sblum ni blur jer.. bru 1st tme
ReplyDeletealhamdulillah..moga2 dipermudah...
ReplyDeleteterima kasih!
ReplyDeletetrima kasih byk2...:)
ReplyDeletealhamulillah..duk study xphm2..akhirnya...................br phm..klu x blur je ape bnd soalan ni nak...
ReplyDeletesyukran share ilmu~
tq atas usaha owner blog ni y mmbntu kami....
ReplyDeletethanks a lot...
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu yg berguna nie..semoga mtest kali ni berjaya ya Allah..
ReplyDeletetima kasih..gud luck untuk sape2 yg amik exam esok...13.11.10
ReplyDeletethank you..kongsi ilmu
ReplyDeletesalam suma kwn2,
ReplyDeletesy sempat ingat beberapa soalan mtest utk di kongsi bsma coz sy fhm n pnah melalui suma prsn tkut,neves berikut adlh sket soaln mtest kpli-jqaf ambilan 2011 :
Soalan Verbal
1.sempit-kesempitan
2.hitam-noda
3.pipit-kawan
4.sedut-hembus
5.cat-mengecat
6.gading-gajah
7.curai-ikat
8.sahsiah-arab
9.bapa-ayam
10.orang-gaji
11.saya-makan
bole fwd2 discuz sesama kengkawan..
Rahsia KPLI dibongkar!Pertama, Buat persediaan awal!Kedua, pilih opsyen yg mendpt permintaan semasa! itulah teknik yg sy gunakan! Bagaimana? Strategi menjwb Mtest dan temuduga KPLI.Dptkan segera!
ReplyDeletesyukran...
ReplyDeletethanks...
ReplyDeleteda faham ckit...
doakan saya mtest sabtu ni...
barakallah.. terima kasih..
ReplyDelete