Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Wednesday, April 29, 2009

Tidak adil salah guru KPLI


SAYA merujuk kepada tulisan Mahasiswa Pendidikan. Adalah tidak adil menyalahkan graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) semata-mata apabila tidak ditempatkan mengajar di mana-mana sekolah setelah menamatkan pengajian di universiti.

Untuk pengetahuan umum, berpuluh-puluh ribu calon memohon dan hanya sebilangan kecil sahaja tempat yang diperuntukkan setiap tahun. Saya percaya Kementerian Pelajaran telah memilih calon yang berkualiti untuk mengikuti kursus KPLI setiap tahun.

Oleh itu, saya juga percaya bahawa tentunya ada sebab kenapa Kementerian Pelajaran masih meneruskan program KPLI walaupun pihak universiti mengeluar graduan pendidikan setiap tahun.

Memang program kursus KPLI hanya setahun tetapi kami juga mengambil STPM dan Matrikulasi seperti Mahasiswa Pendidikan malah telah memiliki sekeping ijazah yang dikeluarkan oleh universiti tetapi kami kekurangan ilmu pendidikan.

Oleh itu, adalah wajar kursus KPLI setahun dan setelah ditambah dengan tiga tahun di universiti, kami juga mengambil masa empat tahun sebelum bergelar seorang guru.

Ketika saya mengikuti KPLI pada tahun 2004, ramai di kalangan rakan sekursus saya pernah berkerja di sektor swasta malah ada yang berpengalaman melebihi 10 tahun.

Malah, saya sendiri juga pernah bekerja dan meletak jawatan apabila mendapat tawaran KPLI. Ini adalah aset yang tidak ternilai yang kami punyai. Dengan pengalaman sebegini, kami mempunyai fikiran yang lebih matang apabila menjadi guru kelak. Oleh itu, tuduhan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir kami adalah tidak tepat.

Pernahkah Mahasiswa Pendidikan dan rakan-rakan mengikuti ROS, BIG, aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, sukan dan olahraga setiap semester seperti kami di maktab?

Kejayaan akademik sahaja tidak mencukupi kerana untuk menjadi seorang guru yang berwibawa, seseorang perlu mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang seimbang.

Oleh itu, saya amat berharap agar Mahasiswa Pendidikan dan rakan-rakan tidak menggunakan kami sebagai sebab kenapa gagal mendapat tawaran penempatan. Saya percayai Kementerian Pelajaran telah menjalankan tugas dengan amanah.

Apa pun, saya berharap agar Mahasiswa Pendidikan akan berjaya ditempatkan dan merayulah kepada Kementerian Pelajaran kerana saya percaya masih terdapat tempat kosong setiap tahun terutamanya di kawasan pedalaman. Tahniah kepada Mahasiswa Pendidikan kerana menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan pertama.

- BEKAS KPLI 2004,

Sekinchan,

Selangor.

3 comments:

  1. GURU KPLI YANG BARU POSTING KEBANYAKKAN MENGADA-GADA. KELAS TAK MAU AJAR DULU. NAK MASUK LEAS GANTI SAHAJA. MANA BOLEH.

    ReplyDelete
  2. Mungkin kes guru KPLI yg mengada-ngada ni hanya kes terpencil. Kebiasaannya guru yg baru lapor ke sekolah akan diberi tugas guru ganti (relief) dahulu sehinggalah jadual baginya dikeluarkan. Ada kebaikannya juga bagi kelas ganti dulu kerana ianya akan memperkenalkan kt dgn kebykn kelas dari semua darjah atau tingkatan.

    ReplyDelete
  3. Saya juga bimbang dengan expectation guru-guru di sekolah nanti terhadap lepasan KPLI. Daripada cerita mulut ke mulut, kedengaran agak meloyakan prestasi lepasan KPLI. Malah ada yang bertengkar ketika baru dua minggu sesi PBS (ROS).

    Namun daripada pemerhatian sempit saya di sekolah orang asli, guru2 KPLI tampak aktif dan lebih bersungguh-sungguh. Boleh kata semua begitu. Di sekolah lain wallahualam.

    ReplyDelete