Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Sunday, February 28, 2010

DPLI :Permohonan Diploma Pendidikan (DPLI) lepasan ijazah bagi tahun 2010



SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.

Syarat Am
  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
  5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

  • Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

JUMLAH PROGRAM
:
Jumlah Keseluruhan Program Pengajian yang ditawarkan ialah 18 program

Bil
IPTA
Kod
Nama Program

1

UPSI

AT03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

2

UPSI

AT06D
BAHASA INGGERIS

3

UPSI

AT21D
PERDAGANGAN / PERNIAGAAN

4

UPSI

AT32D
SEJARAH

5

UPSI

AT41D
PENDIDIKAN MORAL

6

UPSI

AT45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

7

UPSI

AT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

8

UiTM

ET03D
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

9

UiTM

ET06D
BAHASA INGGERIS

10

UiTM

ET23D
PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL

11

UiTM

ET45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

12

UMS

HT06D
BAHASA INGGERIS

13

UMS

HT33D
GEOGRAFI

14

UPM

PT06D
BAHASA INGGERIS

15

UPM

PT09D
SAINS PERTANIAN

16

UPM

PT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA

17

USM

ST06D
BAHASA INGGERIS

18

UIAM

YT06D
BAHASA INGGERIS

Kod Program Pengajian telah dikemaskini sehingga 21 Februari 2010 : 07:58:56 AM


Tuesday, February 23, 2010

KPLI News : Guru perlu berkomunikasi dengan pelajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris



KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Guru bahasa Inggeris di negeri ini disaran menggunakan bahasa berkenaan sepenuhnya ketika berkomunikasi dengan pelajar bagi memantapkan penggunaan bahasa antarabangsa tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, peranan guru dilihat menjadi sumber utama kepada pelajar dalam menguasai bahasa itu dimana ia kurang digunakan sebagai bahasa pertuturan di kalangan ibu bapa dan rakan-rakan.

Katanya, walaupun pendekatan itu menyukarkan para pelajar namun beliau yakin ia akan menunjukkan kesan yang lebih baik dalam tempoh beberapa bulan selepas ia dilaksanakan.

"Apa yang saya lihat, pelajar-pelajar dari luar negeri ini lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris berbanding pelajar di negeri ini.

"Jadi penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya oleh guru dan pelajar di sekolah perlu dilaksanakan dengan menyeluruh," katanya selepas melancarkan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Diraja Sultan Mizan di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong.

Sementara itu, Mohd. Fadzli berkata, dalam memantapkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, YDSM bakal mengadakan pertandingan berkonsepkan pengukuhan bahasa itu dalam bentuk penulisan, pembacaan, ucapan dan komunikasi.

Katanya, pertandingan itu akan diadakan selama tiga bulan bermula pada bulan depan melibatkan penyertaan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri.

"Setiap pasukan akan diwakili oleh enam orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk memahirkan diri dengan penggunaan bahasa kedua terpenting itu.

"Sebanyak RM155,000 disediakan meliputi kos bagi menganjurkan program ini di seluruh sekolah-sekolah yang terbabit," jelasnya.

Permohonan Kemasukan Ke Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Akademik 2010



Perhatian:

1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2010. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.



Panduan Permohonan:

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan

c. Ruang G. Perakuan

d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)

sebelum tarikh tutup permohonan


link : http://apps.emoe.gov.my/prau/prau_ori2.cfm

Monday, February 22, 2010

KPLI News : Pelajar diwajib bersukan 2011



Pembabitan diberi kredit, lahirkan ramai atlit berpotensi: Muhyiddin

BANDAR JENGKA: Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai sekurang-kurangnya satu acara sukan mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan mereka dalam kegiatan sukan itu akan diambil kira, termasuk diberi kredit atau markah.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk menerapkan nilai sukan di sekolah, sekali gus mengembalikan kecemerlangan sukan dan melahirkan lebih ramai bakal atlit sukan negara.


"Kita akan menubuhkan satu jawatankuasa sementara bagi memperincikan perkara ini, termasuk pemberian pemarkahan dan kredit kepada pelajar yang cergas dalam sukan.

"Kalau pelajar cergas dan aktif dalam sukan dia ada markah dan kredit... kalau tidak nanti ibu bapa bertanya nak buat apa sukan baik pergi kelas tuisyen sebab nak dapat A (dalam peperiksaan). Jadi sukan tidak penting dan ini bagi saya satu pendekatan yang kurang tepat dan perlu diperbetulkan," katanya pada sidang media selepas menutup rasmi Konvensyen Umno Pahang 2010 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Adnan Yaakob.


Kelmarin, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan menggariskan lima unsur penting bagi mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah, termasuk mengarahkan Bahagian Seni, Kokurikulum dan Sukan di kementeriannya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.

Katanya, kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar, menambah bilangan guru terlatih dalam bidang sukan serta memperbanyakkan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah.

Mengulas lanjut, beliau berkata aktiviti sukan di sekolah juga akan dikaji supaya ia tidak semata-mata diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.

"Aktiviti sukan sebelum ini kurang diberi perhatian sewajarnya sedangkan untuk membangunkan atlit kebangsaan bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai universiti dan biasanya kemudian barulah kita ambil bakal atlit negara," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, meminta kementerian mendapatkan pandangan pakar Majlis Sukan Negara (MSN), bekas jurulatih atau atlit kebangsaan dan guru sukan bagi merombak semula kurikulum sukan sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata pengetahuan dan kepakaran golongan ini dalam bidang kesukanan perlu diambil kira jika kementerian serius hendak mengembalikan kegemilangan sukan di peringkat sekolah.

"Kementerian perlu panggil golongan ini kerana mereka adalah kumpulan pakar yang sesuai untuk merangka dan merombak semula kurikulum sukan sekolah kerana mereka mempunyai ilmu, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang kesukanan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100221231417/Article/

Monday, February 8, 2010

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) AMBILAN JUN 2010



A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program:KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)
Tempoh Pengajian:Satu (1) Tahun
Mode Kursus:Sepenuh Masa
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.2Umur
a.Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
2.3Kelayakan Akademik
a.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atauInstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
c.Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
d.
Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).
3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.2 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.3 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
3.4 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2
Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5
Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
5.1Sekolah Kebangsaan (SK).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1.Prasekolah10.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2.Bahasa Melayu11.Agama Islam
3.Bahasa Inggeris12.Pendidikan Seni Visual
4.Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan13.Pendidikan Jasmani
5.Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan14.Bimbingan dan Kaunseling
6.Matematik15.Pendidikan Pemulihan
7.Sains16.Pendidikan Muzik
8.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran17.Malaysia Negaraku
9.
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
5.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1.Prasekolah9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2.Bahasa Melayu10.Agama Islam
3.Bahasa Inggeris11.Pendidikan Seni Visual
4.Bahasa Cina12.Pendidikan Jasmani
5.Matematik13.Bimbingan dan Kaunseling
6.Sains14.Pendidikan Pemulihan
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran15.Pendidikan Muzik
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran16.Malaysia Negaraku
5.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1.Prasekolah9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2.Bahasa Melayu10.Agama Islam
3.Bahasa Inggeris11.Pendidikan Seni Visual
4.Bahasa Tamil12.Pendidikan Jasmani
5.Matematik13.Bimbingan dan Kaunseling
6.Sains14.Pendidikan Pemulihan
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran15.Pendidikan Muzik
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran16.Malaysia Negaraku
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010.
6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
6.3Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1
Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)
7.2
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).
7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
7.7Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010.
9. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841245
03-88841243
03-88841235
03-88841231
03-88841226

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon :088–236804
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon :082 – 258045

Link : http://apps.emoe.gov.my/kpli/kpli%20on9%20jun2010/iklan.html