Nuffnang Ads

Perhatian Kepada Pengunjung yang Budiman

Sila berikan komen di bahagian bawah artikel. TQ

(comtech2u@gmail.com)

Thursday, April 30, 2009

Keputusan KPLI telah keluar


Keputusan KPLI
telah keluar pada hari ini (Khamis 30 April 2009). Kepada yang belum memeriksanya sila klik pada ruangan link di bawah.

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=aplikasi_perguruan&unit=utama&bhs=my

Tahniah kepada yang berjaya. Semoga berjaya dalam temuduga nanti.

Kepada yang tidak berjaya jangan susah hati. Masih banyak lagi peluang selepas ini. Mungkin belum rezeki anda. Ketahuilah bahawa apabila lahir anak adam di dunia ini, telah ditentukan 3 perkara untuknya iaitu rezeki, jodoh dan ajal.

Wednesday, April 29, 2009

Wajarkah Guru Dipersalahkan ?


Salam sejahtera kepada semua..

Saya suka memetik satu peribahasa 'Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain'. Peribahasa ini sudah lama sinonim dengan masyarakat kita. Maksudnya guru terpaksa bersusah payah mengorbankan diri demi mendidik anak jiwa bangsa. Kita sudah sedia maklum bahawa tugas guru adalah untuk mendidik. Boleh saya katakan di sini bahawa semua dari kita pernah menjadi pelajar dan pernah mempunyai guru. Justeru itu, kita seharusnya sudah tahu betapa sukarnya guru-guru kita mendidik kita selama ini. Ingatlah, tanpa ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kita dahulu, siapalah kita hari ini. Tak perlulah kita nak bangga dengan profession kita hari ini, tak perlulah kita nak bangga dengan pangkat kita ada hari ini  dan tak perlulah kita nak bangga dengan harta benda yang kita miliki  hari ini. Kerana tanpa guru yang mengajar kita mengenal ABC dahulu, tidak mungkin kita menjadi orang yang sehebat sekarang. 

Para pembaca yang budiman sekalian. Cuba renungkan kembali guru-guru yang pernah mengajar kita selama ini. Adakah mereka pernah menuntut apa-apa dari kita sebagai balasan? Tidak. Mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari kita. Mereka cuma harapkan agar mereka dihargai dan dihormati sahaja sebagai guru. Inilah yang saya ingin tekankan kali ini. Masyarakat kita hari ini sudah semakin lupa apa itu guru. Mereka sudah tidak hormat lagi kepada guru. Hal ini menjangkiti anak-anak mereka yang di bangku sekolah. Kesannya pada masa sekarang terlalu ramai pelajar yang biadab terhadap guru. Apakah kedua ibu bapa mereka tidak ajar cara menghormati guru. Dalam agama kita ada menyebut bahawa guru adalah orang ketiga yang perlu dihormati selepas ibu dan bapa. Oleh itu wajarlah guru menjadi orang yang paling dihormati  di sekolah.

Merujuk kepada masalah ini saya terpanggil untuk menceritakan bagaimana pengalaman guru yang dipersalahkan oleh ibu bapa yang tak rasional. Di sekolah yang multi-racial masalah disiplin memang berada pada tahap kritikal. Ini memaksa guru menggunakan langkah yang lebih tegas bagi mendisiplinkan mereka. Oleh itu hampir semua guru di sekolah berkenaan mempunyai rotan. Guru terpaksa berhempas pulas membanting tulang bagi mendisiplinkan pelajar. Tetapi terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memahami masalah ini. Apabila anaknya mengadu di rotan oleh guru, ibu bapa ini terus menyalahkan guru bulat-bulat di atas insiden tersebut. Seharusnya mereka harus faham. Tiada guru yang akan merotan pelajar sewenang-wenangnya tanpa sebab. Lagi satu, mereka haruslah menyiasat perkara ini terlebih dahulu. Jangan cepat melatah. Biasanya ibu bapa hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Ketahuilah wahai para ibu bapa sekalian, anak-anak zaman sekarang semakin pandai berlakon. Menipu itu sudah perkara biasa bagi mereka.  Di rumah anak mereka pijak semut pun tak mati. Tetapi di sekolah anak merekalah yang paling hantu sekali. 

Berbeza dengan zaman kita di bangku sekolah dahulu. Pada waktu itu pelajar takut untuk memberitahu kepada ibu bapa sekiranya mereka telah dirotan di sekolah. Ini kerana mereka pasti akan dirotan pula di rumah selepas itu. Hal ini berjaya mendisiplinkan pelajar agar menghormati guru. Namun dewasa ini kebanyakan ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka. Segala kata anaknya dituruti hinggakan mereka tidak sedar bahawa mereka telah ditipu oleh lakonan anak mereka. Pepatah melayu ada menyebut 'Sayangkan anak tangan-tangankan'. Sekiranya orang kita berpegang kepada pepatah ini, sudah tentu masalah disiplin ini dapat dikurangkan.

Oleh itu saya harapkan para ibu dan bapa dapat berfikiran rasional dalam membuat keputusan. Masyarakat pula janganlah memandang negatif terhadap guru. Fahamilah betapa sengsaranya para guru mendidik anak-anak mereka agar dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di kemudian hari.

-Reza-

Jerantut, Pahang

Tidak adil salah guru KPLI


SAYA merujuk kepada tulisan Mahasiswa Pendidikan. Adalah tidak adil menyalahkan graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) semata-mata apabila tidak ditempatkan mengajar di mana-mana sekolah setelah menamatkan pengajian di universiti.

Untuk pengetahuan umum, berpuluh-puluh ribu calon memohon dan hanya sebilangan kecil sahaja tempat yang diperuntukkan setiap tahun. Saya percaya Kementerian Pelajaran telah memilih calon yang berkualiti untuk mengikuti kursus KPLI setiap tahun.

Oleh itu, saya juga percaya bahawa tentunya ada sebab kenapa Kementerian Pelajaran masih meneruskan program KPLI walaupun pihak universiti mengeluar graduan pendidikan setiap tahun.

Memang program kursus KPLI hanya setahun tetapi kami juga mengambil STPM dan Matrikulasi seperti Mahasiswa Pendidikan malah telah memiliki sekeping ijazah yang dikeluarkan oleh universiti tetapi kami kekurangan ilmu pendidikan.

Oleh itu, adalah wajar kursus KPLI setahun dan setelah ditambah dengan tiga tahun di universiti, kami juga mengambil masa empat tahun sebelum bergelar seorang guru.

Ketika saya mengikuti KPLI pada tahun 2004, ramai di kalangan rakan sekursus saya pernah berkerja di sektor swasta malah ada yang berpengalaman melebihi 10 tahun.

Malah, saya sendiri juga pernah bekerja dan meletak jawatan apabila mendapat tawaran KPLI. Ini adalah aset yang tidak ternilai yang kami punyai. Dengan pengalaman sebegini, kami mempunyai fikiran yang lebih matang apabila menjadi guru kelak. Oleh itu, tuduhan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir kami adalah tidak tepat.

Pernahkah Mahasiswa Pendidikan dan rakan-rakan mengikuti ROS, BIG, aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, sukan dan olahraga setiap semester seperti kami di maktab?

Kejayaan akademik sahaja tidak mencukupi kerana untuk menjadi seorang guru yang berwibawa, seseorang perlu mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang seimbang.

Oleh itu, saya amat berharap agar Mahasiswa Pendidikan dan rakan-rakan tidak menggunakan kami sebagai sebab kenapa gagal mendapat tawaran penempatan. Saya percayai Kementerian Pelajaran telah menjalankan tugas dengan amanah.

Apa pun, saya berharap agar Mahasiswa Pendidikan akan berjaya ditempatkan dan merayulah kepada Kementerian Pelajaran kerana saya percaya masih terdapat tempat kosong setiap tahun terutamanya di kawasan pedalaman. Tahniah kepada Mahasiswa Pendidikan kerana menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan pertama.

- BEKAS KPLI 2004,

Sekinchan,

Selangor.

Wajarkah guru dipaksa ke pedalaman?


Sokong


SAYA amat bersetuju dengan Kementerian Pelajaran yang akhirnya telah bertegas dalam soal guru ke pedalaman ini. Seperti yang kita semua maklum, masalah ‘banyak songeh’ yang berlaku dalam dunia perguruan amat ketara dan salah satu ialah keengganan mereka berkhidmat di luar bandar kerana bermacam-macam alasan.

Kita semua tahu dunia di luar bandar tidak seseronok di bandar terutamanya bagi muda-mudi yang kononnya bercita-cita menjadi pendidik anak bangsa.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa guru adalah orang yang paling mulia dalam masyarakat kerana merekalah lilin yang rela membakar diri untuk anak bangsa.

Jadi di manakah semangat lilin yang selalu digembar-gemburkan itu?

Adakah anak bangsa di luar bandar tidak perlu diajar oleh guru-guru? Habis siapa yang perlu mendidik mereka? Tok Batin? Penghulu? Tauke balak? Kalau kita menunggu sukarelawan untuk berkhidmat, saya rasa belum tentu ada yang mahu tampil, maka wajarlah paksaan dikenakan terhadap guru-guru ini.

Tak kenal maka tak cinta. Mungkin setelah mereka berada di sana, barulah mereka insaf dan sedar bahawa betapa besarnya pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk anak bangsa.

Mungkin juga semangat dan keazaman mereka lebih tinggi daripada mana-mana guru di Malaysia ini.

Saya amat menghormati guru yang benar-benar menjadi lilin untuk masyarakat walau di mana mereka berada.

– ANAK MURIDMU,

Bandar Jengka,

Pahang.


Bantah


SAYA merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar mengenai penempatan guru di pedalaman.

Pada pendapat saya, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sebegitu. Kementerian Pelajaran seharusnya mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan semasa demi masa depan anak bangsa.

Beliau perlu memikirkan implikasi yang akan timbul dengan arahan yang dibuat, antaranya:

Keadaan rumah tangga yang tidak terurus disebabkan perpisahan suami, isteri dan anakanak.

Boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga disebabkan suami isteri yang berjauhan (misalnya perceraian disebabkan suami bercinta lagi, isteri curang atau gangguan pihak ketiga disebabkan tinggal berjauhan dan sukar untuk berhubung dan jarang bertemu).

Anak-anak akan terabai dan terbiar yang seterusnya mengakibatkan kesan yang lebih buruk (misalnya mat rempit, bohsia, penagih dadah atau bermacam gejala sosial lagi yang mungkin timbul kerana tiada pengawasan daripada ibu dan bapa yang sibuk mendidik anakanak orang lain).

Saya hanya memberi dua contoh tetapi bagi saya amat menakutkan di zaman yang serba mencabar ini.

Saya juga ingin mencadangkan:

Guru-guru muda yang baru keluar dari KPLI atau maktab perguruan yang kebanyakannya adalah bujang disyaratkan mengajar di pedalaman sekurang-kurangnya setahun.

Ambil calon guru dari daerah yang kekurangan guru dan mereka ini bolehlah ditempatkan di kawasan mereka apabila telah tamat kursus perguruan (sekurang-kurangnya sama negeri jika sukar untuk mendapatkan dari daerah yang sama).

Saya berharap Yang Berhormat akan berfikir atau mengerahkan orangnya berfikir secara mendalam sebelum mengeluarkan sesuatu arahan atau kenyataan.

– MOHD. SAYUTHI MAT ZIN,

Kuala Lumpur.

KPLI wajar diteruskan


SAYA adalah ratusan ribu siswazah berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat dan buah fikiran sekadar untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian.

Umum mengetahui bahawa fenomena pengangguran masih membelenggu negara namun masih ada sesetengah pihak menidakkan usaha pihak kerajaan yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk membasmi gejala tersebut.

Pelbagai program dan kerjasama antara pihak kerajaan, NGO dan pihak swasta yang terlibat menawarkan pekerjaan kepada siswazah untuk mengisi kekosongan jawatan tenaga mahir bagi kumpulan pengurusan dan profesional dalam negara kita. Begitu juga dalam sistem pendidikan negara.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah berusaha memartabatkan profesion perguruan dengan memberikan pelbagai insentif termasuk kenaikan gaji kepada warga guru yang menurut saya adalah bertepatan dengan bebanan tugas yang digalas ditambah pula dengan tugas mendidik anak bangsa.

Program seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Diploma Perguruan dan Kursus Sijil Perguruan masih lagi diperlukan dan pada pendapat saya wajar diteruskan.

Lepasan pendidikan keluaran IPTA/UPSI tidak perlu khuatir atau 'iri hati' kepada bakal guru lepasan KPLI kerana kita tidak wajar menidakkan rezeki insan lain.

Malah mereka sepatutnya bersyukur kerana ditawarkan dengan mod kursus pendidikan berbanding siswazah lain. Hendak berkira empat tahun belajar tidak wajar dijadikan alasan.

Sebagai contoh, lepasan KPLI juga terpaksa menyambung kursus selama satu atau satu tahun setengah lagi sebelum mereka menjadi guru.

Bertungkus-lumusMereka ini telah bertungkus-lumus mendapatkan ijazah setelah tiga hingga empat tahun belajar di universiti dan berbekalkan semangat membara meminati profesion perguruan, mereka sanggup pergi menimba ilmu lagi dengan berkursus (KPLI) serta menambah masa pengajian mereka.

Bukankah pengajian lulusan pendidikan yang ditawarkan di universiti juga selama empat tahun?

Tambahan pula, timbul dua situasi bahawa tidak semua siswazah pendidikan benar-benar ingin mengajar walaupun opsyen mereka dalam pendidikan dan dalam situasi lain terdapat juga siswazah daripada bukan pendidikan tetapi amat meminati profesion perguruan.

Jika diperhatikan jumlah permohonan KPLI setiap tahun meningkat malah ada yang melebihi daripada 100,000 orang memohon sedangkan pengambilannya terhad.

Ini menjelaskan bahawa ramai yang berminat menceburi bidang perguruan dan cabaran lain kerana pengangguran.

Dua situasi berbeza yang saya nyatakan tetapi merujuk kepada satu matlamat yang sama iaitu untuk menjadi guru atau pendidik yang akan meneruskan agenda mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan berguna.

Salahkah siswazah ini diberi peluang? Memang benar berbanding dengan lulusan pendidikan, siswazah ini kurang dari segi ilmu mengajar.

Lantaran itu, pihak kementerian menawarkan KPLI di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memperlengkap pengetahuan dan menyiapkan diri siswazah tersebut sebelum menjadi guru.

Bukti lain adalah Skim Pensiswazahan Guru yang dilaksanakan kementerian jelas menunjukkan kerajaan membantu rakyat terutama kepada golongan pendidik sedia ada untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Jika ini dilaksanakan dianggarkan peratusan siswazah menganggur dalam negara dapat dikurangkan bilangannya.

Di samping untuk mengatasi pengangguran, ia juga dapat memanfaatkan siswazah yang benar-benar berminat serta telah mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran atau guru ganti untuk menceburi profession perguruan.

Sejajar dengan perancangan Kementerian Pelajaran telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua golongan rakyat.

Enam teras strategik telah dikenal pasti dan antaranya adalah membangunkan modal insan dan memartabatkan profesion perguruan. Ini penting kerana tanpa warga guru hasrat ini tidak mungkin dapat direalisasikan.

Justeru, janganlah kerana mementingkan diri, kita sanggup mempertikaikan soal siapa layak atau tidak tetapi sebaliknya kita harus berusaha memikirkan alternatif serta bagaimana menyelesaikan lambakan siswazah menganggur baik lulusan pendidikan mahupun lulusan kursus-kursus lain.

PENCINTA GURU

Segambut, KL

12 Guru KPLI harungi Sungai Tembeling demi tugas

Ihsan Utusan Malaysia


Guru-GURU menaiki bot penambang ke sekolah di pedalaman Hulu Tembeling di jeti Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 11 Jan. – Seramai 12 guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bersedia mengharungi Sungai Tembeling sejauh 120 kilometer dengan menaiki bot penambang, semata-mata untuk berkhidmat di beberapa buah sekolah di daerah pedalaman Pahang.

Mereka yang merupakan graduan universiti tempatan dan luar negara itu berkhidmat di lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pagi, SK Kuala Sat, SK Bantai, SK Mat Daling dan SK Gusai bermula 5 Januari lalu.

Kumpulan guru DG41 itu, mengajar mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pemulihan, prasekolah dan Pendidikan Islam.

Guru prasekolah SK Gusai, Harun Ibrahim, 25, berkata, dia tidak menyangka akan bertugas di kawasan pedalaman Pahang dan bersedia untuk menghadapi persekitaran kerja ‘yang begitu asing’ di Hulu Tembeling.

“Sebagai pendidik, cabaran ini perlu disambut dan menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik pelajar di pedalaman sehingga menjadi insan cemerlang,” katanya yang berasal dari Dungun, Terengganu ketika ditemui di sini.

Harun yang merupakan lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia memang bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dan kini hasratnya itu menjadi kenyataan.

Guru Pendidikan Islam lepasan Universiti Al Azhar, Mesir, Hafizullah Abdul Jabar, 27, pula mengakui tidak berasa terkejut dan kekok ditugaskan mengajar di Hulu Tembeling kerana sekolah berkenaan mempunyai kemudahan yang setanding dengan sekolah di kawasan bandar.

“Komitmen saya ialah untuk mendidik pelajar mengenai ilmu Islam khususnya menajamkan pengetahuan mereka tentang al-Quran, fardu ain dan pembinaan akhlak sejajar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” katanya.

Hafizullah yang berasal dari Kampung Lebak, Temerloh, berkata, bertugas di pedalaman Pahang sebenarnya memberi peluang menimba pengalaman cukup berharga yang tidak diperoleh oleh rakan-rakannya lain yang berkhidmat di kawasan bandar.

Bagi rakannya, Siti Mashita Mohd. Ali, 25, yang bertugas di SK Gusai pula berkata, dia sedia menyahut cabaran mengajar di kawasan pedalaman dan sekali lagi sedia berjauhan daripada kaum keluarga di Kota Bharu, Kelantan, kerana menganggap kerjaya sebagai seorang pendidik adalah mulia.

“Setelah menerima surat tawaran, saya tidak sabar-sabar untuk mengajar di sini walaupun terpaksa menaiki bot selama lima jam dan mengharungi jeram yang bahaya,” katanya yang merupakan lepasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu, Penyelia Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut, Razali Omar, berkata, kumpulan guru berkenaan dihantar menggunakan dua buah bot penambang pada Rabu lalu, iaitu sebaik sahaja sekolah dibuka selepas banjir di Sungai Tembeling pulih

Aura Guru

Utusan Malaysia Online - pendidikan: "Aura guru - Perlu dibawa ke dalam kelas

Oleh MARZITA ABDULLAH

S. Hema (kiri) dan Nor Afizah Osman ialah graduan paling cemerlang dalam bidang masing-masing pada konvokesyen MPIK di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KECEMERLANGAN ilmu, menguasai kemahiran, berfikiran positif, minat yang mendalam dan berpersonaliti unggul - merupakan aura yang perlu ada pada seseorang guru dan harus dibawa ke dalam kelas masing-masing.
Aura keguruan itu juga lahir selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran supaya semua guru peka dan menghayati aspirasi negara serta melaksanakannya sebaik mungkin.
Cabaran guru sekarang bukan sahaja melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik tetapi membentuk akhlak dan etika pelajar.
Kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas), Datin Rahimah Ghazali, kalau setiap guru perlu melaksanakan tugas secara ikhlas maka beban tugas yang digalas akan mudah dileraikan.
Tegas beliau: ``Bertugaslah sepenuh hati, jangan jadikan profesion yang dipilih ini sebagai profesion remeh... di bahu gurulah tugas memperkasa dan memartabatkan profesion ini.
``Jangan sekali-kali memperlekehkannya.''
Beliau berkata demikian di depan kira-kira 867 guru baru yang berjaya menamatkan kursus perguruan masing-masing pada majlis konvokesyen Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada lulusan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) seramai 259 orang, KPLI-Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Sekolah Rendah seramai 239 orang, lulusan KPLI-LPBS Sekolah Agama Rakyat (13), lulusan Sijil Perguruan Khas (42) dan lulusan Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM) seramai 314 orang.
Rahimah juga me"

Expectation Penemuduga Terhadap Anda

Antara keluhan penemuduga-penemuduga KPLI termasuklah :


1. Calon tidak berpakaian kemas, dan tidak menyusun sijil dengan kemas

2. Calon tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan temuduga

3. Calon tidak menjawab soalan, sebaliknya berlegar-legar dan lari dari tajuk soalan

4. Tidak faham konsep JERIS

5. Tidak yakin dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan

6. Menangis ketika ditemuduga

7. Tidak cuba menyakinkan penemuduga bahawa calon sebenarnya layak. Penemuduga mempunyai sedikit trick dan cuba menduga calon, mudah patah semangat dan tidak memberikan sebab-sebab konkrit mengapa mereka layak untuk diterima menjadi guru

8. Tidak menggunakan bahasa baku, malah loghat negeri masih pekat ketika menjawab soalan

9. Calon meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan tidak selesa dan takut-takut ketika mula memasuki bilik, tidak tegas dan nampak 'lembik'. Ada juga calon yang berpeluh-peluh dan terketar-ketar ketika sedang ditemuduga lantaran kurang pengalaman ditemuduga.

10. Calon lelaki yang mempunyai personaliti dwi-sex, terutamanya golongan 'lembut', ini bergantung kepada budi bicara temuduga. Ada calon yang boleh buat 'kuat' namun penemuduga masih boleh mengenali personaliti mereka

11. Tidak pandai elaborate facts , sebaliknya sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab

12. Tidak mempunyai suara yang lantang dan kuat

Ini adalah diantara keluhan penemuduga yang pernah menemuduga calon sebelum ini. kami akan masukkan lagi kandungan yang boleh membantu, terima kasih


Links:

1) http://ekpli.com/

2) http://tips-kpli.blogdrive.com/

3) http://www.moe.gov.my

4) http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/

Minat dan bakat

Jika sekiranya anda ditanya mengapa anda mahu jadi guru, maka berikan jawapan : kerana minat


persoalannya, penemuduga akan sedaya upaya mengcungkil setiap jawapan yang diberi dan cuba menduga calon ( ini bergantung kepada penemuduga ), jika anda jawab minat, maka mungkin penemuduga akan bertanya lagi, apakah bukti sahih yang mengatakan kamu minat mengajar, buktikan kepada kami.. Ada calon yang pernah ditanya begini, dan beliau blank dan terus diam dan memandang ke bawah.. Sudah tentu ini memberikan bad impression kepada penemuduga...sebaliknya

Jawablah : Pada pandangan saya, minat terhadap sesuatu boleh dibentuk dan bakat boleh diasah, jika seseorang itu sudah jelas matlamat hidupnya dan betul-betul menyukai akan sesuatu, sudah tentu minat dan bakat itu akan lahir dengan sendirinya. Saya sudah menetapkan matlamat saya sejak ......, dan saya tidak mahu lepaskan lagi peluang ini. Saya sanggup belajar dan bermula dari bawah.


Links:

1) http://ekpli.com/

2) http://tips-kpli.blogdrive.com/

3) http://www.moe.gov.my

4) http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/

Penumpuan Anda Ketika ditemuduga

1. Pendidikan


Nyatakan dengan ringkas tetapi padat dengan maklumat sejarah pendidikan anda, bersekolah di mana, subjek-subjek khusus yang diminati ketika bersekolah ( biar relevan dengan opsyen di ambil ), berikan sebab-sebab mengapa anda mengkhusus kepada pengajian-pengajian tersebut.

Usah sesekali menambah-nambah cerita, dan menyeleweng tanpa menyatakan dengan jelas pengalaman bekerja anda serta sumber-sumber rujukan anda.

Perkara pertama yang akan dilihat oleh penemuduga ialah sijil SPM, dan ijazah anda serta sijil-sijil lain yang berkaitan. Jadi, hafal keputusan-keputusan peperiksaan, jangan pula tersilap ketika penemuduga bertanyakan soalan :

Contohnya ;

Penemuduga : Baiklah, bolehkah anda berikan sebab kukuh mengapa anda memilih opsyen ini?

Calon : Ya, boleh. Buat pengetahuan encik/tuan, saya mempunyai latar belakang yang 
 
kukuh dalam matematik, saya memperolehi A1 ketika SPM.

Penemuduga : Pelik betul, nampaknya apa yang saya lihat di sijil anda, anda mendapat C3,

Elakkan daripada tersilap kerana banyak calon yang tersilap ketika memberitahu keputusan SPM, dan ini menjejaskan temuduga.


Links:

1) http://ekpli.com/

2) http://tips-kpli.blogdrive.com/

3) http://www.moe.gov.my

4) http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/

Hayati dan Selami Ucapan Menteri Pendidikan

Tarikh 16 Mei menjelang lagi. Tarikh yang sentiasa diingati oleh seluruh warga yang terlibat dengan bidang pendidikan khususnya sekolah. Daripada pelajar, guru, pengetua, guru besar malahan ibu bapa pelajar sendiri, tarikh tersebut begitu bermakna bagi kita untuk mengenang jasa yang dicurahkan oleh warga pendidik yang dipanggil GURU. Ya! Hari Guru adalah hari untuk kita mengingati jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh insan yang bergelar guru.


Merenung sejenak peranan guru pada masa sekarang...

Sememangnya tugas yang dipikul oleh guru sekarang adalah terlalu mencabar. Cabaran yang perlu ditanggung dengan kekuatan mental dan fizikal demi melaksanakan tugas dan tangungjawab yang diamanahkan. Guru sekarang bukan sekadar hanya masuk ke kelas dan mengajar semata-mata tetapi banyak lagi dugaan dan tugas lain perlu dibereskan. Sekolah ibarat sebuah 'negara' yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang semuanya terpaksa dipikul pada bahu guru. Dan aktiviti-aktiviti sebegini menyebabkan guru bukan sekadar menjadi guru semata-mata. Seorang guru pernah berkata, guru perlu menjadi kerani menyiapkan hal-hal kedatangan murid dan hal-hal berkaitan dengan pembayaran yuran. Guru perlu menjadi polis untuk mengajar anak-anak murid berkawad dalam aktiviti ko-kurikulum. Guru perlu menjadi pengaturcara komputer untuk membuat bahan bantuan mengajar menggunakan komputer. Pendek kata, menjadi guru ialah menjadi semua pekerja dan membuat segala pekerjaan, dan itulah sebenarnya situasi yang dialami oleh guru pada hari ini.

Amanat Menteri (baca ucapan penuh Menteri)

Memetik ucapan oleh Menteri Pelajaran DATO' SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN dalam Amanat Pelaksanaan RMK9, beliau menjelaskan KPM telah menerima peruntukan yang besar, menduduki tempat kedua tertinggi mengikut Kementerian selepas Jabatan Perdana Menteri, dengan siling sebanyak RM23.198 bilion atau 10.5 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan Rancangan Malaysia ke-9 dan KPM telahpun merancang hala tuju, dasar dan fokus pembangunan pendidikan bagi RMKe-9 sejak dua tahun yang lepas dengan mengambilkira wawasan, matlamat, dasar dan perancangan negara. 
 

Perancangan pembangunan pendidikan KPM akan dirangka untuk memenuhi tiga matlamat utama, iaitu pertama, membentuk ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang dicita-citakan di dalam negara maju Malaysia tahun 2020; kedua, menyediakan akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti untuk semua golongan agar pada tahun 2020 kelak, tiada sebarang pihak yang tercicir dari arus kemajuan negara; dan ketiga, terarah untuk memastikan pembangunan yang mampan agar kemajuan yang dicapai oleh negara dan bangsa dapat terus dipertahankan.

Bagi memastikan matlamat perancangan pembangunan pendidikan ini tercapai, Menteri berharap para guru dapat memberikan tumpuan kepada enam agenda utama, iaitu;

i. Pertama, membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
ii. Kedua, memperkasakan sekolah kebangsaan.
iii. Ketiga, merapatka
n jurang pendidikan.
iv. Keempat, memartabat profesion perguruan.
v. Kelima, meningkatkan pengurusan pendidikan.
vi. Keenam, memperkasa bahasa kebangsaan.

"Dari aspek pembangunan fizikal, dalam tempoh lima tahun ini, setidak-tidaknya kita mesti berusaha untuk memastikan sekolah-sekolah mempunyai infrastruktur asas dan tidak beroperasi dalam keadaan daif serta merbahaya. Kita juga akan membestarikan kesemua sekolah di seluruh negara. Sebanyak RM2.1 bilion diperuntukkan untuk tujuan ini. Sebenarnya proses pembestarian telah pun mengambil tempat di sekolah-sekolah kita. Sebahagian besar sekolah kita telah dilengkapi dengan komputer meja, notebook dan pelbagai judul perisian-perisian kursus. 96 peratus atau 9,200 buah sekolah kita juga telah dirangkaikan dengan akses internet jalur lebar. Manakala sekitar 200,000 guru kita juga pernah dilatih untuk menggunakan perkakasan dan perisian ini." kata beliau lagi.

Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

Tema Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan untuk sambutan perayaan Hari Guru tahun ini adalah bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran kita dalam amanat beliau. Jika dilihat projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam proses pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, memanglah ia satu bukti yang jelas tentang hasrat Kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan merapatkan jurang pendidikan di kalangan pelajar luar bandar dan bandar. 
 

Dari perspektif teknologi, konsep pendidikan bestari ini telahpun dimulai semenjak program Sekolah Bestari diperkenalkan dan dilanjutkan lagi dengan projek SchoolNet. Banyak sekolah kini telah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan sambungan Internet berteknogi tinggi dan jalur lebar sama ada menggunakan teknolgi ADSL, VSAT ataupun wireles untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan ilmu yang tidak terbatas secara konvesional sahaja. Ia secara tidak langsungnya membuka mata terutamanya pelajar-pelajar yang berada di kawasan pedalaman untuk memanfaatkan teknologi selaras dengan perubahan zaman di samping menimba pengetahuan dan pengalaman tentang teknologi itu sendiri.

Masa untuk berubah

Namun, di sebalik hasrat Kerajaan itu juga, ada sebahagian pentadbir sekolah yang kadang-kadang berfikiran sempit dengan 'mengunci' segala peralatan yang disalurkan itu di bilik masing-masing dengan alasan takut peralatan tersebut rosak. Situasi ini bukan sahaja merugikan pelajar-pelajar dan guru yang sepatutnya memanfaatkan teknologi itu, tetapi merugikan pihak Kerajaan yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyalurkan kemudahan itu. Ada juga sebahagian guru yang menyalahgunakan teknologi yang disalurkan dengan mengunjungi laman-laman web yang tidak sepatutnya dikunjungi dan ada juga kalangan guru yang tidak tahu langsung dan tidak mahu menggunakan teknologi yang disediakan. Malah, ada yang lebih teruk, menggunakan alasan teknologi yang dibekalkan itu sebagai satu masalah kepada sekolah untuk memikirkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah bagi menjaga peralatan tersebut serta masalah menghadiri kursus-kursus IT yang dilaksanakan. Ini adalah realiti yang kita perlu sedar serta inilah sebenarnya cabaran yang perlu dihadapi dalam mewujudkan pendidikan bestari. 
 

Sedar atau tidak, masa terus merubah meninggalkan zaman yang kita lalui dulu. Dan, sama ada kita suka atau tidak juga, kita perlu mengikut arus zaman yang sentiasa kedepan jika tidak mahu dilabelkan sebagai ketinggalan. Tinggalkanlah keegoan kita sebentar untuk kebaikan semua pihak

p/s Cuba dapatkan teks penuh ucapan Menteri, anda akan mendapat gambaran kasar tentang soalan-soalan yang akan ditanya ketika temuduga kelak..terus ke laman web emoe dan dapatkan dalam bentuk pdf 
 

Print dan ambil satu higlighter, cari keywords dan cuba kembangkan lagi teks-teks ini, masukkan dan gabungkan dengan isi-isi yang kami berikan di sini


Links:

1) http://ekpli.com/

2) http://tips-kpli.blogdrive.com/

3) http://www.moe.gov.my

4) http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/

Apa itu Sekolah Bestari ?


Sekolah Bestari ( Smart School )

1.     Penubuhan sekolah bestari ialah berdasarkan 7 flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)

2.     Objektif utama penubuhan Sekolah Bestari ialah untuk melatih pelajar supaya menjadi cerdas dan pandai menggunakan ICT dalam proses pembelajaran seharian

3.     Ini selari dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysiasebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.

4.     Subjek Matematik dan Sains yang diperkenalkan di Sekolah Bestari adalah berintegrasi dengan kemajuan ICT

5.     Semua bahan-bahan P&P adalah dalam bentuk perisian, melalui penggunaan komputer, lap top dan projector LCD

6.     Guru-guru diberikan latihan dalam perkhidmatan khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti P&P melalui teknologi terkini

7.     Penubuhan sekolah Bestari adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi, dalam arus reformasi pendidikan di Malaysia, khasnya selepas perlaksanaan secara berperingkat dengan Bahasa Inggeris sebagai sebagai bahasa pengantaraan Sains dan Matematik di peringkat permulaan lagi

Penilaian Utama Sesi Temuduga

Pengenalan Diri

1.     Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2.     Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3.     Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan


Penerangan Diri

1.     Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2.     Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3.     Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1.     Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2.     Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3.     Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Personaliti

1.     Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2.     Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3.     Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4.     Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5.     Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6.     Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7.     Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8.     Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan


Links:

1) http://ekpli.com/

2) http://tips-kpli.blogdrive.com/

3) http://www.moe.gov.my

4) http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/

KPLI : Aspek Temuduga yang Dinilai

Suara

  • Suara calon mestilah kuat dan terang serta boleh didengari hingga ke belakang kelas
  • Suara calon mempunyai intonasi dalam membuat penegasan fakta dan juga mampu menarik perhatian penemuduga
  • Calon menggunakan sebutan bahasa melayu yang betul ( bukan pelat atau loghat daerah yang terlalu ketara )

Personaliti

  • Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan
  • Calon menunjukkan ketrampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
  • Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
  • Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
  • Calon mempunyai sifat prihatin yang tinggi terhadap profesion perguruan
  • Calon berbudi bahasa terhadap calon lain serta penemuduga
  • Calon mempunyai kemahiran sosial dan suka berinteraksi
  • Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

Bahasa

  • Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
  • Bahasa yang fasih dan lancar
  • Menggunakan tatabahasa yang betul
  • Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

Info Temuduga KPLI


Assalamualaikum, 


Saya ada sedikit maklumat kpd yg bkl menduduki temuduga KPLI nanti. Ada sdikit format baru iaitu ujian bertulis. ni antaranya yg kawan2 saya habaqlah....
 

1. Tuliskan secara ringkas ttg perkara berikut:
 
(a) Minat dan kemahiran anda.
 
(b) Pengalaman interaksi dengan remaja dan kanak-kanak.
 
(c) Pengalaman mengajar.
 
(d) Kegiatan dalam kesenian dan kebudayaan.
 

2. Sekiranya anda dipilih, apakan yang akan anda sumbangkan?
 

3. Kenapa anda minat nak jadi guru????
 


Tema hari guru :
 

2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan
 

2003 & 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
 

Dalam temuduga KPLI, penemuduga nak tahu macam mana kita mengajar sesuatu konsep berkenaan. Anda sebagai pemegang ijazah sains sudah tentu mempunyai banyak ilmu dalam bidang berkenaan. Persoalannya bagaimana nak memindahkan ilmu ini kepada murid-murid. Soalan ini memerlukan jawapan secara logik sahaja. Jadi cuba renung dan fikirkannya.
 

Bagi calon sekolah rendah, biasanya penemuduga akan cuba nilai diri calon sama ada sesuai untuk mengajar murid sekolah rendah. Jadi soalan lebih banyak kepada bagaimana nak mengajar subjek yang dipohon di sekolah rendah. Sebagai contoh, katakan anda memohon matematik SR. Maka soalan akan berkisar bagaimana akan anda ajar matematik kpd murid sekolah rendah. Katakan konsep pecahan.
 

  • Sek.wawasan 
  • Sek bestari 
  • Why I want to be a teacher??? 
  • Some topics of science subject (standard 4) 
  • Prepare in for answering in English 


wah....last statement best dibaca....Prepare in for answering in English...memang best...rasanya percent dapat tu dah jadi 30%... hehehe...percent tak dapat..jeng jeng jeng....70%.....wah....hehehe
 
aper pun..tengoklah..kalu ader rezeki...ada lah tu lubangnya.....bila dapat??? sabor...sabor...kalu Allah kata ada...ada lah tu...cuma perlukan kepada sedikit kesabaran...Allah nak uji lah sikit...hamba dia ni, jnis boleh sabor ke idak... hehehe


Links:

  1. http://tok-ayoh-diari.blogspot.com/2004/10/temuduga-kpli.html
  2. http://ekpli.com/
  3. http://tips-kpli.blogdrive.com/
  4. http://www.moe.gov.my
  5. http://apps.emoe.gov.my/kpli/semakduga/